:: Terlambat Melambatkan Sengaja lambat ::
Semalam, Rabu 7 Nov 2012, saya menemani suami yang menghadiri tenujanji jemaah doktor di Hospital ****** ****** berkaitan dengan kes tangan suami saya yang patah dulu. terpaksa star untuk mengelakkan dari saya dikenakan tindakan...hehehe... temujanji suami saya pada pukul 2.00 ptg, jadi kami bergerak dari rumah pukul 1.20, kerana hospital dekat dengan rumah kami. kami sampai di hospital, di aras 3, bahagian ortopedik pada pukul 1.45 ptg. suami saya adalah orang ke dua yang datang untuk temujanji kerana terdapat sehelai kertas di letakkan di kaunter 1 untuk pendaftaran. jadi, kami menjangkakan yang urusan temujanji ini akan selesai pada pukul 2.30 ptg.
Tetapi, pukul 2.30 ptg, masih belum ada tanda- tanda yang temujanji ini akan bermula. staff nurse yang bertugas di kaunter tiba pada pukul 2.15 ptg, untuk menjalankan urusan pendaftaran. 5 minit kemudian, doktor dan staff yang terbabit dalam urusan temujanji jemaah doktor ini tiba dengan lagak selamba, seolah- olah surat mengatakan mula pukul 3 ptg. tepat pukul 2.45 ptg, suami saya dipanggil masuk untuk berjumpa dengan jemaah doktor, dan akhirnya semua urusan selesai, Alhamdulillah...
Seharusnya perkara ini tidak terjadi. lebih baik nyatakan dalam surat yang temujanji mula pukul 3.00 ptg. masa tu nak mula, masa tu baru nak sediakan bilik, sediakan alatan, masa tu baru nak datang. bukan nak mengata atau serkap jarang, tapi kebanyakan urusan dengan jabatan kerajaan, memang akan terjadi perkara sebegini, saya bukan nak cakap semua, tapi kebanyakkannya. setiap kali budget keluar, jabatan kerajaan mesti dapat kelebihan tapi, service tetap sama, lambat, tidak ada perubahan. bak kata PM "Rakyat didahulukan".
:: p/s :: suami tanya, "awk nak kerja kerajaan gak, tengok la service diorang ni". saya jawab "insya allah saya akan ubah kalau saya diberi peluang" ::
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::