Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

26 August 2011

:: Hendak ::

:: Hendak buat, tapi macam tak jadi jer ::

Pernah tak korang nak buat sesuatu, tapi asyik tak jadi jer, asyik tertangguh jer. lastnyer, terus tak buat. Mesti ada kn? sama la dengan wa, wa selalu pikir nak menulis, nak buat 1 novel, tapi asyik tak jadi, asyik tertangguh jer. wa ingat lagi, masa wa tingkatan 2, wa ada buat 1 cerita. sampai 2 buku tulis sekolah habis untuk tulis cerita tu, tapi bila wa kemas barang nak pindah sekolah, buku tu dah hilang. wa tak tahu siapa yang pinjam tak pulang balik. masa tu ramai yang pinjam buku cerita wa tu untuk baca, ramai yang minat nak baca. diorang cakap menarik, sentiasa tunggu sambungan, nak tahu kesudahan cerita tu. tapi yang sedihnya, wa tak dapat nak habiskan cerita tu, cerita tu tergantung macam tu. sampai sekarang wa tak ingat pun apa jalan ceritanya. cuma yang wa ingat, ia mengisahkan tentang seorang adik yang ingin membalas dendam atas kematian kakak kembarnya. semua orang tak tahu yang simati tu ada kembar, termasuklah bfnya. itu je yang wa ingat. wa cuba jugalah nak buat cerita seakan macam tu, tapi tak dapat cari jalan cerita yang menarik. betullah cakap orang, idea yang menarik hanya datang sekali jer, jadi kenalah hargainya sebelum terlambat, macam wa ni dah terlambat dah pun.

***

23 August 2011

:: Anak ::

:: Anak anugerah dari Allah ::

Tersentak, sedih, sayu bila tengok berita tadi, 2 kisah tentang anak yang dizalimi

Kisah 1
3 anak mati dibunuh, ditolak ke dalam kolam ikan. hanya kerana bertengakar dengan isteri dan mabuk, menolak dan menyebabkan mereka lemas lalu mati.

Kisah 2 
Anak 5 tahun hampir dikelar dengan parang. sebab yang sama, bertengkar dengan isteri, lalu sanggup hendak kelar anak sendiri. polis yang lalu di tempat kejadian menyelamatkan kanak- kanak itu.

Sebab yang sama, bertengkar, bergaduh, anak yang jadi mangsa. begitu mudah jalan penyelesaian mereka, ceteknya pemikiran. wa terpikir, tak sayang anak ke sampai sanggup buat macam tu. tapi, ye lah, kita tak tahu apa yang mereka pikirkan. Anak tu suci, dia tak tahu apa- apa pun, tapi kenapa nak menyelesaikan masalah dengan cara macam tu, kalau pun memang geram, janganlah sampai buat macam tu pada anak sendiri. orang yang senang dapat anak, senang juga nak sia- siakan. cuba la pandang pada orang yang susah sangat nak dapat anak, yang tunggu masa yang lama untuk dapatkan zuriat sendiri. 

Sebut pasal anak, wa teringat plak pada kisah buang anak yang tak pernah habis. kerajaan dah kuatkuasakan hukuman yang berat, yang boleh dikatakan setimpal, tapi tetap ada kes buang bayi lagi. nampaknya mereka ni tak serik- serik lagi. daripada buang tu, baiklah bagi pada orang yang betul- betul hendakkan anak, dah tentu masa depan anak tu akan terjamin. tapi, oleh kerana ceteknya pemikiran, kurangnya pegangan agama, hanya terpikir jalan yang singkat, maka dibuang bayi tu. sedih bila teringat ada bayi yang mati, dimakan biawak, dimakan anjing. Ya Allah, tak sampai hati nak tengok, tak nak ingat lagi, sedih sangat.

***
Mr. Mine... Bila kita diberi rezeki anak oleh Allah, saya janji pada awak, saya akan sayang, kasihkan anak kita melebihi diri saya sendiri, saya akan bagi sepenuh kasih sayang saya, saya akan jaga, didik anak kita supaya menjadi insan yang berguna, taat pada Allah, taat pada ibu bapanya, dan berbuat baik pada sesama manusia. Semoga anak kita nanti menjadi kebanggaan keluarga dan semua orang

***

22 August 2011

:: Jemput ::

:: Sesi jemput menjemput ::

Tak sampai sebulan lagi majlis kecik wa dan Mr Mine akan berlangsung. dah rasa sikit- sikit nervousnyer. wa tak tahulah sesuai atau tak wa nak buat sesi jemput menjemput sekarang ni. tapi memandangkan majlis kecik wa tu lepas raya, pas tu memandangkan banyak lagi urusan wa yang perlu wa selesaikan pas ni (raya, interview, setel ujrah ), wa rasa wa akan buat sesi jemput menjemput tu sekarang. wa tak nak ada yang tertinggal untuk dijemput. 

***
Harap- harap ramailah yang dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis kami berdua nanti. 

***

19 August 2011

:: Hari ::

:: Menghitung Hari ::

Sudah mula untuk menghitung hari... hari untuk menjelangnya majlis kecik wa tu.

Perasaan = gementar + tak sabar + takut.

Gementar untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup, selangkah untuk menjadi wanita yang sempurna.

Tak sabar untuk ada hubungan yang lebih terjamin bersama Mr Mine. hubungan yang direstui semua orang, dan semoga mendapat doa yang baik- baik dari semua.

Takut jika tidak dapat mengatasi dugaan yang bakal mendatang. orang- orang tua selalu berkata, dugaan bertunang ni banyak, hati kena kuat untuk mengatasinya. mesti ada saling percaya dan mempercayai, kalau tak hubungan tu tak akan ada penghujung yang sepatutnya dan yang diharapkan oleh semua orang.

***
Berkenalan + Bercinta + Bertunang + Berkahwin = Hidup bahagia

Wa mengharapkan ini yang terjadi di dalam hidup wa, mengharapkan yang wa akan hidup bahagia bersama Mr Mine. yang penting usaha...usaha tangga kejayaan.

***

17 August 2011

:: Today ::

:: Be a better person for a better person ::

Dalam bahasa melayunya,
 menjadi orang yang lebih baik untuk orang yang lebih baik.

Semua orang nak mencari orang yang baik, tapi adakah diri sendiri tu dah cukup baik untuk orang baik yang dicarinya tu. 

Mesti korang sume pernah dengar orang- orang cakap, kita akan jumpa 5 orang yang salah sebelum jumpa orang yang betul. bila dah jumpa orang yang salah tu, kita mesti la jadi lebih baik dari yang dulu supaya kita akan jumpa orang yang lebih baik dari masa ke masa. 
wah...rasa macam wa ni pakar motivasi la plak...heheheh

Sekarang ni, wa berusaha untuk menjadi lebih baik untuk Mr Mine wa. wa dah jumpa ramai orang, macam- macam jenis orang wa dh jumpa, dengan bermacam- macam perangai dan sikap. kebanyakkan semua tak cukup sempurna dimata wa, ada je kurangnya. itu yang dikatakan belum jumpa yang serasi. tapi wa tak pernah rasa putus asa sebab wa tahu Allah Maha Adil, Dia tahu apa yang adil dan terbaik untuk hambaNya. 

Dan akhirnya wa dah jumpa orang yang terbaik untuk wa, Mr Mine. wa tak rasa kurang pun dengan dia sebab dia sentiasa cuba wat rasa yang wa ada kelebihan, sentiasa cuba menggembirakan wa dan menjaga hati wa.

***
Mr Mine... saya minta maaf sebab wat awak susah hati malam tadi. tak ada niat nak menyusahkan awak, cuma inginkan sedikit perhatian awak, tapi cara saya yang salah. saya cuba untuk tak buat lagi macam tu.

***

07 August 2011

:: Jangan risau ::

"awk, sy tau yg sy selalu sibuk, x da masa nak msg awk, call awk. tp sy hrp awk dpt bersbr dgn keadaan sy ni."

Risau betul Mr Mine dengan wa. dia takut wa akan merajuk, sedih sebab dia dah tak ada masa sangat nak msg dan call macam dulu. selalu wa cakap pada dia yang wa tak kisah, tak ada masalah pun sebab wa paham dengan kerja dia, tanggungjawab dia. lagipun wa bukan budak- budak yang senang nak merajuk pada hal- hal yang kecik dan remeh macam tu. wa percaya pada Mr Mine, percaya yang dia tak ada menipu wa, sentiasa jujur dengan wa. wa juga tahu yang dia kerja keras untuk masa depan kami nanti. 
Yang pasti, wa betul- betul hargai kebimbangan Mr Mine tu. itu membuatkan wa rasa lebih dihargai. 

***
Bila tengok drama melayu kat tv, bila sampai part romantik, selalu berangan "kalaulah aku dapat boyfriend macam tu, mesti best." wa bersyukur sebab wa dipertemukan dengan lelaki yang romantik macam dalam drama atau mungkin lebih romantik dari dalam drama tu.

"Awk jangan gerak, diri kat sini dulu"
Mula- mula wa tak paham, nape dia tak bagi wa pergi kat kereta, rasa nak marah pun ada. tapi, rupa- rupanya Mr Mine nak pastikan kereta sejuk dulu barulah dia bagi wa masuk dalam kereta. sebab bagi dia, keselesaan wa sangat penting. siap bukakkan pintu tau, co-cweet my Mr Mine...heheheh. 
Pernah masa nak pergi jumpa keluarga dia, wa cakap yang wa risau sebab minyak kereta macam nak habis. tapi, yang sebenarnya banyak lagi. wa tengok dari tepi, so nampaklah yang macam meter tu dah sampai E. Mr Mine terus pergi Shell, dan isi minyak kereta sampi meter tu sampai ke F. serba salah wa masa tu sebab pandai- pandai je cakap. tapi, bila wa cakap mintak maaf, dia jawab...
"Tak apa. yang penting awak selesa, tak risau, dan sentiasa senyum."

Kesederhanaan Mr Mine betul- betul dapat memikat hati wa. sepanjang kami bercinta, dia tak pernah bagitahu apa jawatan dia, berapa gaji dia, apa harta dia. sebab, bagi dia, itu semua hanya akan diberitahu bila kami dah selamat jadi suami isteri. dia tak nak, orang suka dia, sayang dia sebab apa yang dia, tapi sebab diri dia. wa cuma tau tempat kerja dia kat mana, dan macamana kerja dia, senang kata, yang basic jer. berahsia betul dia.
Wa sayang Mr Mine sebab diri dia, kejujuran dia, keihklasan yang ada pada dia. 

***

03 August 2011

:: langkah 2 ::

Minggu lepas wa dah selesai...

Beli tempat hantaran
(tak leh upload picture tempat hantara, surprise for everyone. jadi, tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)

Wa pergi dengan keluarga wa, kalau pergi sorang- sorang memang tak boleh nak tempah la, sebab dah rambang mata. wa ikut pilihan mak wa nak hepikan dia, nak dia kongsi best moment wa, lagipun dia tau apa yang cantik untuk majlis wa. untuk warna tema plak, wa mintak pendapat adik wa, angah, dia pakar bab- bab warna ni. jenuh gak la akak kedai tu tunggu nak amik pesanan kitorang, entah berapa kali bincang. mujur akak kedai tu paham. susah gak nak beli tempat hantaran tu, tapi wa dah prepare dari rumah, dah list down sume, dan berbekalkan pendapat ahli keluarga tersayang, sume dapat dibeli dengan jayanya. dan yang paling penting under budget

Sebenarnya, wa nak tempah dulu, hampir hari majlis, baru nak datang amik, tapi akak kedai tu cakap 2 bulan lg baru siap, bermakna bulan 10 baru siap. majlis wa bulan 9, wa memang dah frust masa tu. tapi kuasa Allah Maha Besar, ada set yang dah siap, macam yang wa nak, mengikut warna tema hantaran wa. bersyukur sangat. jadi, dari plan nak tempah, terus beli dan bawa balik umah. 

Sebelum ini tak adalah rasa nervous sangat, tapi bila tengok tempat dan barang hantaran dalam bilik, terus rasa nervious, tak sabar pun ada...heheheh..... macam tak percaya yang tak lama lagi wa akan jadi tunang kepada Mr Mine tersayang. 

Persiapan majlis kecik wa sudah lengkap, cuma tinggal untuk tunggu tibanya hari itu sahaja. wa mengharapkan aturcara pada hari itu akan berjalan dengan lancar.

***
wa rasa Mr Mine wa macam tak suka je wa panggil dia Bucuk Cayang. tapi, wa suka, macam co- cweet je untuk dia.

***