Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

03 August 2011

:: langkah 2 ::

Minggu lepas wa dah selesai...

Beli tempat hantaran
(tak leh upload picture tempat hantara, surprise for everyone. jadi, tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)

Wa pergi dengan keluarga wa, kalau pergi sorang- sorang memang tak boleh nak tempah la, sebab dah rambang mata. wa ikut pilihan mak wa nak hepikan dia, nak dia kongsi best moment wa, lagipun dia tau apa yang cantik untuk majlis wa. untuk warna tema plak, wa mintak pendapat adik wa, angah, dia pakar bab- bab warna ni. jenuh gak la akak kedai tu tunggu nak amik pesanan kitorang, entah berapa kali bincang. mujur akak kedai tu paham. susah gak nak beli tempat hantaran tu, tapi wa dah prepare dari rumah, dah list down sume, dan berbekalkan pendapat ahli keluarga tersayang, sume dapat dibeli dengan jayanya. dan yang paling penting under budget

Sebenarnya, wa nak tempah dulu, hampir hari majlis, baru nak datang amik, tapi akak kedai tu cakap 2 bulan lg baru siap, bermakna bulan 10 baru siap. majlis wa bulan 9, wa memang dah frust masa tu. tapi kuasa Allah Maha Besar, ada set yang dah siap, macam yang wa nak, mengikut warna tema hantaran wa. bersyukur sangat. jadi, dari plan nak tempah, terus beli dan bawa balik umah. 

Sebelum ini tak adalah rasa nervous sangat, tapi bila tengok tempat dan barang hantaran dalam bilik, terus rasa nervious, tak sabar pun ada...heheheh..... macam tak percaya yang tak lama lagi wa akan jadi tunang kepada Mr Mine tersayang. 

Persiapan majlis kecik wa sudah lengkap, cuma tinggal untuk tunggu tibanya hari itu sahaja. wa mengharapkan aturcara pada hari itu akan berjalan dengan lancar.

***
wa rasa Mr Mine wa macam tak suka je wa panggil dia Bucuk Cayang. tapi, wa suka, macam co- cweet je untuk dia.

***

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::