Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

29 June 2011

:: Berangan ::

Korang pernah ada angan- angan tak...dengan kata lainnya berangan. memang tipulah kalau cakap tak ada. ada yang cakap gegirl lagi suka berangan dari boboy. sebabnya gegirl ni suka banyak benda yang boleh berangankan. contohnya, nak bf hensem, ada kereta besar. bila dah dapat bf, berangan nak bf bg bunga, tibe- tibe wat surprise bagi bunga, bagi hadiah macam- macam. bila dah ada suami plak, berangan yang suami bagi surprise holiday kat oversea, bagi satu set barang kemas masa anniversary, macam- macam la berangannya. boboy plak berangan nak pakai kereta apa. bila dah dapat kereta, berangan nak mekap cantik- cantik. bila dah mekap, berangan nak ada gf cantik, tinggi lampai, muka licin tak ada jerawat, pas tu berangan dapat kawin. 

***
Aku suka tengok pengantin, sebab bagi aku, pengantin tu adalah orang yang paling cantik masa tu, muka dia cantik, baju dia cantik, pas tu bila jadi pengantin, sume kerja tak payah buat, orang layan baik punyer. pas tu bila tengok citer cinderella, teringin plak nak jadi macam cinderella, kawin nak pakai gaun mcam cinderella tu. memang melangkaui akal logik la berangannya tu. 

***
Bulan lepas, fenomena NORA ELENA melanda. aku pun tengok gak, sebab utamanya mesti la Aaron Aziz aka Seth Tan. punyalah romantik Seth Tan. pas tu mulalah berangan, kalu lah ada lelaki macam tu, memang best la. beli bunga banyak- banyak untuk wife dia, angkat wife dia tido letak atas katil, cuti 3 hari semata- mata nak jaga wife dia sakit terseliuh kaki. 
Aku memang berangan yang Mr. Mine aku macam tu, ada la terselit harapan yang Mr. Mine aku macam Seth Tan tu...hahahhah....memang gelak gak la bila teringat. ada kala bila tengok sikap Mr. Mine, ada kot sikit- sikit macam sikap Seth Tan tu, romantiknya ada sikit- sikit. 

Sekarang, bila dah besar, usia semakin banyak ni, aku gelak bila teringat balik angan- angan aku tu, memang angan- angan budak budak. sekarang, yang penting bagi aku, sederhana, dapat membuatkan semua orang senyum dan gembira. tapi, yang tak berubah, aku tetap suke tengok pengantin, baju pengantin, pelamin dan bilik pengantin, cantik sangat- sangat.

***
Berangan tetap kena berangan. macamana nak jadi kenyataan kalau tak berangan dulu, betul tak? jadi, berangan je la, tak salah pun. yang penting senyum, jujur pada hati dan pada orang yang kita sayang. 

25 June 2011

:: penghuni baru ::


Inilah penghuni baru yang dimaksudkan. ini semua adalah anak kucing yang baru dilahirkan, rasanya umur diorg ni dah 2 bulan lebih kot. dah pandai main, dah pandai menggigit, dah tak takut orang. 

***

**

*
:: senandung bersama anaknya bis @ stokin ::

Inilah anak kucing pertama yang dilahirkan. senandung telah melahirkan 3 ekor anak, tapi yang tinggal sekor ni je, lagi 2 ekor dah mati. maklumlah baru kali pertama melahirkan anak, tak la berapa pandai nak jaga sangat. Bis @ stokin ni betul- betul ikut maknya senandung, hitam tapi mujurlah ada lain sikit, dia pakai stokin, jadi aku panggil la stokin.

***

**

*

Seminggu kemudian 3 ekor ni plak lahir. ada oren, hitam belang, dan hitam putih. memang comel. tapi yang hitam putih ni sakit, sian tengok dia. 

***

**

*



***


***


***



Inilah mereka semua sekarang, cergas dan sihat.

23 June 2011

:: saya kenal sayang saya ::

Tajuk macam nak cerita pasal sayang aku je kan...heheheh
tapi sebenarnya tak pun, sebenarnya nak cerita pasal satu lagu ni, best pada telinga aku lah, tak tau la pada telinga org lain
apa yang menariknya lagu ni?
lagu ni simple, guna lirik yang ringan, fun, tak perlu nak pikir apa maksudnya, apa yang ada disebalik lagu tu. bak kata orang seni, catchy.


***
kita yang bercinta, jadi kita tau apa yg kita rasa, tak perlu nak dengar apa orang cakap, apa pendapat orang. tapi kalau pendapat org tu boleh pakai, memang kena dengar la. kita lebih tahu kenapa kita bercinta dengan dia, kenapa kita terima dia. bak kata orang yang pernah cakap dengan aku, bercinta ni umpama baru nak belajar drive kereta. kena belajar banyak perkara, kena belajar gear, cara nak control minyak, control stereng. kalau tak pandai sume tu, memang tak boleh nak drive kereta la, terbabas, accident. macam tu gak la dengan bercinta, kena belajar pasal dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, cara kawal perasaan, kawal gerak geri, kawal perbuatan, percakapan. kalau tak boleh buat sume tu memang tak kan lama lah bercinta, putus ditengah jalan. 
lelaki akan cakap, perempuan susah untuk difahami. perempuan plak cakap, sume nak kena ikut cakap dia, susah betul nak paham lelaki ni. pendek kata, sama je lelaki dan perempuan ni, susah nak difahami, tetapi tak payah untuk dimengerti. lebih baik mengerti daripada fahami. 


video
:: credit to = fynn jamal ::

14 June 2011

:: Antara adat dan impian ::

Bak kata orang tua- tua, biar mati anak jangan mati adat. ini bermakna yang adat tu penting, tak boleh nak abaikan, tak boleh nak buat ringan hal yang melibatkan adat ni. tapi kadang- kadang ada gak orang yang tak berapa nak pentingkan adat, tapi lebih mementingkan keadaan semasa. 
Dalam situasi aku, walaupun aku ada impian sendiri untuk majlis kecilku nanti, tapi aku kena lupakan impian aku tu sebab Mr. Mine aku lebih mementingkan adat, keluarganya lebih mementingkan adat. memang nak marah, sampai sekarang masih berbekas rasa marah. tapi macamana marah, macamana berkeras pun, tetap tak dapat gak. jadi lebih baik aku ikutkan je, sebab yang penting sekarang bagi aku, majlis kecilku tu nanti berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit rasa tak puas hati. 

10 June 2011

:: 3 bulan lagi ::


Daisypath Wedding tickers
***
Di atas adalah daisypath yang baru dalam blog aku. apa kegunaannya? ini digunakan untuk menunjukkan dan terutamanya untuk mengingatkan aku tempoh masa yang aku ada untuk membuat persiapan sebelum berlangsungnya majlis pertunangan kami nanti. 3 bulan lagi, bermaksud bulan 9 akan berlakunya majlis yang kecil itu. kalau sebut 3 bulan lagi, rasanya macam lama lagikan, tapi sebenarnya dah tak lama, ada yang aku perlu buat dari sekarang secara berperingkat.

Barang hantaran
************
Dah kena survey, apa jenis yang terbaru sekarang ni, bakul besi ke, bakul rotan ke, bakul kayu ke. apa yang aku kena bagi, berapa barang hantaran nanti, sume tu dah kena pikir dari sekarang. memandangkan majlis kecilku itu berlangsung lepas raya, itu bemakna ramai yang akan buat majlis juga masa itu, tak kiralah majlis kecil macam aku atau majlis yang lebih besar, sekaligus bermaksud kedai barang hantaran itu akan sibuk dan kemungkinan tidak menerima tempahan lagi adalah besar. aku tak nak buat sendiri bermaksud menghias sendiri barang itu, kerana aku bukanlah kreatif sangat, tetapi aku juga ingin mengurangkan kos. kos membeli glu gun, kos membeli barang asas (bakul ke, kotak ke), begitu juga dengan bahan sampingan (reben, jarum, tali, bunga ). aku cuma akan meletakkan barang- barang (sejadah, buah, kain pasang dll) sendiri, ikut kreativiti aku yang tak lah berapa kreatif ni.

Baju tunang
*********
Hal yang penting untuk seorang gadis bila bertunang. orang mesti nak tengok baju apa yang dia pakai, warna apa, fesyen apa. untuk memastikan baju aku tu nanti diterima oleh tukang jahit dan gerenti siap, aku mestilah menghantarnya secepat yang mungkin. tukang jahit sekarang, kalu dah masuk bulan puasa, mesti dia tak nak ambik tempahan, kalau itu terjadi, apa yang aku nak pakai nanti. 

Mak andam
**********
Keluarga aku tak ada yang pandai memekapkan orang. kalu sekadar nak pakai bedak, eye liner, aku pun boleh pakai sendiri, tapi nanti nampak macam nak pergi segamat je la, jadi, kenalah tempah mak andam awal,   takut nanti mak andam dah ada majlis lain masa hari aku tu nanti.

Pelamin mini
**********
Aku akan buat sendiri dengan bantuan idea- idea dari ahli keluarga aku nanti (mak ayah, adik beradik, mak sedara, bapa sedara, sepupu- sepupu). 

Itu je yang ada dalam kepala aku sekarang ni. nampak macam banyak la plak nak kena pikir. tapi seperti biasa, stay cool, jangan serabutkan kepala anda, pikirkan bila anda rasa anda perlu pikirkannya sahaja.