Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

28 December 2012

:: 8 bulan ::

:: Alhamdulillah ::


Sudah genap 8 bulan usia perkahwinan kami, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat cinta dan kasih sayang dalam ikatan hubungan halal ini. sesungguhnya, saya terlalu bersyukur dan merasakan diri ini bertuah kerana dipertemukan dengan cinta hati aka en suami kerana dia adalah yang terbaik dalam hidup saya sekarang ni. memang dia bukan cinta pertama tetapi dia adalah cinta terakhir dalam hidup dan hati saya.

Genap 8 bulan, hidup semakin bahagia, semakin gembira. walaupun ada hal yang buatkan saya pendam sendiri dalam hati. semua orang tanya, dah isi ke belum, dah pregnant ke belum, sebak rasa nak jawab, maklumlah belum boleh kata ye lg. cuma mampu senyum dan mohon doakan saya sahaja. tak apalah, mungkin memang belum rezeki kami, mungkin Allah mahu bagi peluang pada kami berdua untuk saling mengenali dan membaiki diri masing- masing sebelum mendidik anak- anak kami nanti, yang penting kami tetap berusaha, berdoa dan bertawakal kepada- Nya.


kami yang semakin bulat...hehhehe
Bagi kami, setiap hari setiap masa adalah bulan madu walaupun berada dirumah. jadi, bila cinta hati aka en suami nak pergi mana- mana yang jauh, saya ambil kesempatan ikut, meneman dalam masa yang sama boleh jalan- jalan. maklumlah sekarang ni en suami sudah semakin sibuk, jadi kenalah pandai gunakan masa lapang yang dia ada. gambar di atas masa kami dalam perjalanan balik dari Batu Layar, Kota Tinggi. seronok main pantai air laut, walaupun ombak bukan main kuat sekali.niat asal en suami nak pergi betulkan kereta dia, jadi oleh kerana dah tak sempat nak betulkan hari tu, jadi kami pergi cari chalet di Batu Layar, bermalam 1 malam, esoknya baru betulkan kereta dan bergerak balik ke Johor Bahru. 

alamak, tak nampak adik la...hehehe

kesayanganku...
:: p/s setiap hari adalah bulan madu untuk kami ::