Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

27 November 2011

:: Sakit ::

Mr. Mine aka Mr. Tunang wa sakit. tapak tangan dia patah. 

Pagi tadi, seperti biasa Mr Tunang wa akan bagi msg "Pg syg". keadaan seperti biasa sehinggalah dia msg wa bagitahu yang dia ada di hospital, ada kemalangan di tempat kerja. wa terus call dia, lega sedikit sebab dia angkat call dan cakap dengan wa. tapi masih ada rasa tak puas hati, tetap nak jumpa dia, nak tengok sendiri keadaan dia. terima kasih kepada Ya kerana sudi menghantar wa ke rumah dia.

Setengah jam wa menunggu dengan sabar.bila wa tengok dia sampai, masih boleh berjalan, wa lega. walaupun tangannya berbalut bersimen, wa masih bersyukur sebab dia masih boleh berjalan dan senyum bila tengok wa. dia suka wa ada kat umah masa dia sampai. Bila wa kata nak balik, muka dia terus berubah. dia tanya wa datang ke tak esok. tapi wa dah janji dengan dia yang wa akan datang setiap hari sabtu. 

Bila jadi macam ni, wa rasa nak cepat kawin je. wa nak jaga dia sepanjang dia sakit, tapi kami hanya tunang, ada batasnya. kalau boleh, wa nak sentiasa ada disisi dia, jaga keperluan dia sampai dia betul- betul sihat. 

:: Syg, cepat sihat yer...saya sayang awak sangat2. saya tetap akan jaga awak ::

19 November 2011

:: 2 bulan sudah ::

Sudah 2  bulan wa dan Mr. Mine aka Mr. tunang bertunang. tak sangka, cepat betul masa berlalu. sepanjang 2 bulan ni, banyak yang wa belajar tentang Mr. tunang wa tu, tentang apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia nak, apa yang dia tak nak, macamana dia marah, macamana dia merajuk marah. betullah apa yang orang cakap, masa bertunang ni la kita akan dapat kenal dia. bersama dia, buatkan wa belajar untuk jadi lebih baik, sempurna dimata dia. 

Sekarang wa lebih banyak memikirkan keluarga, keluarga wa dan keluarga dia. hubungan kami atas restu kedua keluarga. memang kami ada selisih faham, tapi kami akan cepat selesaikannya sebab kami tak nak masalah kami tu akan menjejaskan hubungan kami dan kepercayaan kedua keluarga. 
Semakin wa mengenali Mr. tunang, semakin wa dapat keserasian antara kami. semakin wa dapat rasakan yang dialah lelaki yang wa cari selama ini, kerana dia ada ciri yang wa nak. 


Terima kasih Mr. mine aka Mr. tunang sebab masih bersama saya dan bersabar dengan kerenah saya selama 2 bulan ni...saya sayang awak sangat2 tau...

16 November 2011

:: kembali ::

Rasanya macam dah lama sangat wa tak update blog ni. tak adalah berhabuk, cuma berdebu je...hehehe. maklumlah berpindah ditempat baru, memulakan hidup ditempat baru, memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sikit. lagi satu yang paling penting, wa baru dapat internet, baru beli broadband.

:: update terbaru ::
1


wa telah selamat menjadi tunang azmi. rasa macam tak percaya pun ada, tapi yang pasti wa bahagia, sebab hidup wa sudah semakin lengkap. bila tengok semula gambar- gambar pertunangan wa, senyum sendiri jer, macam tak sangka je.

Inilah rupa wa selepas dimekap. semua orang cakap muka wa lain, wa pun rasa mka lain. tapi yang pasti wa rasa wa cantik hari tu.

Inilah baju tunang wa hari itu. wa betul2 puas hati, cantik, jadi seperti apa yang wa bayangkan dan inginkan. semua orang ingat wa sewa baju ni, ramai yang terkejut bila wa cakap wa hantar tukang jahit buat. wa teringin nak pakai dress, tapi susah nak dapat size wa, jd wa buatlah baju ni.


2
Selepas majlis bertunang, wa terus ke JB, sebab selasa wa dah start kerja. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki berlipat ganda pada wa. sekarang wa kerja cikgu tadika swasta di jb. wa suka kerja ini, dan semoga akan kekal lama di dalam bidang ini.