Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

23 May 2011

:: Adik bongsuku ::

Adik bongsuku, adik lin telah dapat melanjutkan pelajarannya di UiTM dalam bidang yang dia minati iaitu sains kuantitatif. aku pun tak berapa tahu sangat, cuma yang aku tahu banyak melibatkan pengiraan iaitu matematik, sebab tu adik aku betul- betul gembira bila dia dapat bidang tu. nampak la dia teruja untuk mendaftar hari tu. baru aku tahu yang adik bongsu aku tu dah dewasa, bak kata ayah aku, dah remaja, dia betul- betul dah boleh berdikari, tak nampak gugup masa mendaftar, masa nak tanya orang yang dia baru pertama kali jumpa. memang la jarak tempat dia belajar dengan rumah dekat, tapi ada rasa ragu- ragu masa nak lepaskan dia hari tu. tapi melihatkan dia yang semakin yakin, teruja, kami sekeluarga lepaskan dia dengan rela hati. setiap hari, kami akan berhubung dengan dia, bersms untuk mengetahui perkembangan dia di sana, sesekali ada juga dia menelefon, kedengaran suaranya yang riang, dia sudah semakin dapat membiasakan diri, sudah ada ramai kawan. tak sabar nak jumpa adik lin untuk dengar cerita dia di sana. 

wajah riang adikku, berbaju kurung untuk mendaftar

 *****
- Adik Lin -
*
*
*
Inilah adik bongsuku, dipanggil Adik Lin. comel orangnya, ramai yang cakap muka manja. dah memang manjalah sebab dia anak bongsu. tapi keras hatinya, kalau dia tak suka, dia tetap tak suka, namun mudah dipujuk, dan mendengar kata. 
memang menjadi cita- citanya untuk melanjutkan pelajaran di universiti, dan impiannya menjadi kenyataan, dia dapat melanjutkan pelajaran di uitm, terlebih gembira lagi bila dia mendapat tawaran dalam bidang yang betul- betul dia minati, sains kuantitatif. adik lin suka matematik, memang terer la matematik sebab tu dia minat sangat sains kuantitatif tu. satu perkara yang aku puji dia, walaupun ramai yang cakap bidang tu susah, ada yang tukar bidang, tapi dia tetap teruskan, dia cakap, "belum cuba belum tahu. orang lain tak boleh buat, tapi adik boleh buat". 
sekarang, diwaktu ini adik lin sedang mengikuti sesi orientasi di uitm segamat, tapi dari suaranya bila adik lin telefon, aku tahu yang dia sedang gembira, sebab dia dapat apa yang dia nak selama ini. 
*
*
*
tahniah adik lin, along doakan adik berjaya, dan gembira. belajar betul- betul ye sayang. along tahu adik boleh buat.

18 May 2011

:: bertemu Mr. Mine ::

Seperti tidak percaya, percutianku balik ke kampung untuk menjenguk pak cikku telah dapat membuatkan aku bertemu Mr. Mine ku. sesuatu yang sehingga kini aku masih tidak percaya, seperti mimpi rasanya.
Faktor- faktor yang membuatkan aku masih tidak percaya:
  • kami jauh, dipisahkan oleh dua negeri johor - pahang. 
  • keluarga kami yang masih memegang erat adat, selain dari tiada keperluan untuk aku pergi ke johor atau dia datang ke pahang.
  • komitmennya pada kerja
  • tidak mahu menyusahkan dia untuk datang 
Bagaimana yang membuatkan kami telah berjumpa:
  • untuk berkenalan dengan adik- adikku, selain dari beramah mesra untuk mengetahui pandangan adik- adikku terhadap Mr. Mine ku ini.
  • kesanggupannya untuk datang dari johor bahru ke batu pahat. (baru aku tahu, rupanya dekat je, 1 jam lebih je, patut la dia beria nak datang). tiada yang mustahil bagi dirinya, tiada alasan bagi dirinya, yang penting kami dapat berjumpa.
***
Kerana keihlasannya, kerana sikapnya yang tiada alasan itulah membuatkan aku terpikat, jatuh hati padanya. kerana sikapnya inilah membuatkan kami berjumpa untuk kali pertama di rumahku dihadapan ibu ayahku setelah setahun setengah berkawan tanpa berjumpa. aku memberinya peluang, kata dua, "kalau betul nak kawan, datang rumah saya, kita jumpa depan mak ayah saya, tak payah nak mesej macm ni dah", dia membalas "ok. bagi saya alamat awak". keesokan harinya "saya dah ambik cuti minggu depan, 2 hari, saya akan datang rumah awak". dan dia pun sampai di rumahku dengan jayanya, tak sesat langsung. 
***
Aku mencari lelaki seperti ayahku untuk dijadikan suami, betul- betul seperti ayahku. kerana bagiku ayahku adalah lelaki yang sempurna dan sebaik- baik manusia di dunia ini. Mr. Mine ku adalah seperti ayahku. ketika aku melihatnya seperti aku melihat ayahku. ramai yang cakap mustahil, mana ada lelaki macam ayahku, ayahku seorang sahaja di dunia ini. tetapi aku berpegang pada, mesti ada, yang penting kena cari dulu, barulah jumpa. dan akhirnya, aku dah jumpa, lelaki seperti ayahku, gaya cakapnya, tingkah lakunya, sifatnya. tiada yang mustahil didunia ini, yang penting kena usaha.
***
Uniknya Mr. Mine ku ini. kami tidak seperti pasangan bercinta yang lain, menukar panggilan kepada -abg & syg-, bie & nie-, bie & baby-, papa & mama-. kami masih menggunakan - sy & awk -, tidak berubah dari sejak kami berkawan, bercinta, hinggalah kami bakal berkahwin. baginya panggilan itu hanya boleh bertukar saat kami sah menjadi suami isteri. kerana panggilan itu hanya untuk kami berdua, tak perlu orang lain mendengarnya. sehingga kini, aku tidak pernah meletakkan gambar kami berdua di dalam facebook, atau di blog ini, kerana menghormati permintaannya yang hubungan kami tidak perlu di hebahkan kepada semua orang, melainkan setelah kami menikah. cukup sekadar, kami berdua tahu yang kami bercinta dan menjaga hubungan yang direstui keluarga ini elok- elok.
***
Aku mengharapkan hubungan aku dan Mr. Mine akan berjalan lancar dan kami dapat mengharungi dugaan dan cabaran bersama hingga ke akhir hayat.

11 May 2011

:: cinta ::

Apa itu cinta? 
saya cintakan awak
i love you
***
Baru selesai tengok cerita cinta. betullah kata orang, ceritanya memang best. dah tengok sikit, nak tengok sampai habis, tak nak berenti tengok. bila dah habis, senyum, puas hati. cerita tu ada cerita tersendiri, senang orang nak faham, faham apa itu cinta, maksud cinta sebenarnya. bukan sekadar ucapkan saya cintakan awak, i love you. sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menzahirkan rasa cinta itu. 

***
cinta 1
Cinta seorang kakak kepada adiknya. mungkin bagi adik, kakaknya tak faham apa yang adiknya nak, tapi sebenarnya kakak mahukan yang terbaik untuk adiknya, walaupun sebenarnya kakak tak mampu nak lafazkan. manakala kakak mungkin tak faham yang adik sayangkan kakak, tak nak kakak susah hati, nak kan kakak bahagia, senyum selalu. tapi kakak menganggap adik masih kecil, masih tak matang seperti kakak. dan akhirnya kakak zahirkan rasa cinta pada adik dengan berkorban nyawanya sendiri. 

cinta 2
Cinta seorang cucu kepada atuknya. sekarang kita selalu dihidangkan dengan cerita anak buang mak, anak halau ayah, anak nak bunuh mak, nak bunuh ayah. tetapi dalam cerita ini, kita dapat rasa cinta cucu kepada atuknya yang tidak mengenali cucunya sendiri. cucu tetap menjaga, melayan atuknya yang sakit, nyanyuk, lupa. menangis tidak sanggup untuk menghantar atuknya ke rumah orang- orang tua supaya ada yang lebih mahir untuk menjaganya, merawatnya. dia tetap sabar menjaga atuknya.

cinta 3
Cinta seorang suami kepada isteri. membina sebuah rumah untuk membuktikan rasa cinta kepada isteri, namun isterinya lebih mencintai lelaki lain. namun tetap percaya yang isterinya akan kembali kepadanya, kerana percaya cinta mereka tetap ada, tak pernah hilang.

***
Cinta dan sayang adalah dua perkara yang berbeza. sayang tak semestinya akan ada rasa cinta. bila ada rasa cinta, hati terus terisi, tidak akan ada yang lain. bila ada rasa cinta, sayang tak akan berubah. berapa ramai yang masih boleh kekalkan rasa cinta. berapa ramai yang tidak akan hilang rasa sayang. 

"bila kita nak kan sesuatu, mesti ada caranya"

"biar kita hidup dengan orang yang kita sayang. kerana sehari hidup dengan orang yang kita sayang, adalah lebih baik dari seumur hidup bersama dengan orang yang kita tak pernah sayang"

Mr. Mine...saya tau yang hidup saya akan menjadi bahagia dan penuh makna bersama awak.

10 May 2011

:: kisah- kisah orang yang PERNAH aku kenal ::

episod pertama dalam entry kali ini, kita mulakan dengan 3 kisah dahulu... enjoy...

kisah 1
 **********
Hati aku cakap macam tu, tapi aku tak nak. bukan tak maafkan, cuma tak nak cakap dengan dia, tak nak jumpa dia. sakit sangat ke hati aku ni pada dia?. sakit, memang sakit. tapi bila ada yang tanya, kenapa wa marah dia sangat, apa sebabnya. aku tak tahu nak terangkan macam mana. pernah aku terangkan sedaya aku, tapi ada yang cakap, aku tak patut marah, hal dah lepas, biar je la diorang tu. sebab tu la aku cakap, aku tak tahu nak terangkan macam mana supaya orang paham, kenapa aku tak boleh jumpa dia. dia memang kawan aku, tapi biarlah hanya tinggal nama, biarlah cuma jadi ingatan orang- orang yang mengenali kami. aku doakan mereka berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

kisah 2
 **********
Ini pula kisah orang yang mencari kesempurnaan di dalam hidupnya. tapi boleh juga dikatakan terlalu mencari kesempurnaan. dia masih mencari teman hidup, mengikut kata- katanya, orang yang dicari mestilah ada 3 ciri. pertama - pandai masak. kedua - ada lesen kereta (means mestilah tahu drive). ketiga - kerja. dia memang cukup stabil, mesti gadis- gadis sukalah, termasuklah aku. tapi, oleh kerana aku berenti kerja, dia terus reject, opsss...memutuskan hubungan dengan aku. aku tak kisah pun sebab aku bukan mencari orang yang sempurna, tetapi mencari orang boleh menyempurnakan hidup aku. beza tau...jangan salah paham. cuma, yang membuatkan aku terasa hati dengan dia, dia kata aku ni pilihan ke dua. sesiapa pun tak suka kalau dia adalah pilihan, jadi kalau memang pun dia adalah antara yang masuk dalam list soulmate, jangan- jangan sesekali beritahu dia. 
Alhamdulillah, aku dah jumpa orang yang boleh sempurnakan hidup aku, tetapi dia mungkin masih mencari perempuan yang ada 3 ciri tu. aku doakan dia berjaya dari kejauhan.
 
kisah 3
**********
Ini pula kisah yang aku tak akan lupa sampai bila- bila. mengenali dia buat aku belajar, jangan sesekali terlalu percayakan orang lain selain daripada keluarga sendiri, dan jangan sesekali membelakangkan keluarga. menangis, sakit, susah macam mana pun, balik lah pada keluarga. mengenali dia, buatkan aku kenal erti kasih sayang mak ayah, adik- adik aku pada aku dan merasakan cinta mereka di dalam hati aku.juga kesyukuran pada- Nya kerana menyedarkan aku betapa aku jauh tersasar, menyedarkan aku betapa Dia masih menyayangi aku. memberi kemaafan buatkan kita akan rasa tenang dalam hati kita, tetapi bagi aku, tidak memaafkan dia, buatkan aku lapang dada, kerana itu yang sepatutnya dia dapatkan. bukan kemaafan aku, tetapi kemaafan Dia kerana apa yang dia lakukan pada aku telah membelakangkan Dia. aku cuma memohon pada Nya, supaya dia merasai apa yang aku rasakan selama 2 tahun aku mengenali dia, kesakitan aku, kesusahan aku, kerana semuanya berpunca dari dia. 

**********

Kita akan sambung kisah yang seterusnya di entry yang lain. banyak lagi kisah yang ingin aku ceritakan disini...khusus untuk Mr. Mine...




08 May 2011

:: blog ini ::

- ini kisah blog aku -
- sbb blog ini diwujudkan -

****************************************
ceritaku... cerita kami....
Tajuknya pun dah menunjukkan yang blog ini adalah mengenai aku dan juga kami. siapa 'kami'? hanya yang membaca blog ini akan tahu siapa 'kami' itu. aku inginkan semua yang terjadi, semua perjalanan hidup aku lepas ni menjadi ingatan kami untuk sampai bila- bila. aku ingin coretkan semua yang terjadi untuk kenangan anak- anak dan kalau boleh sehingga cucu- cucuku nanti. bila sampai masanya nanti, aku akan tunjukkan blog ini pada dia, aku akan pastikan dia baca blog ini bersama aku. x tau apa reaksi dia nanti, dia gelak ke, dia senyum ke, dia suka ke, dia x suka ke.

****************************************
Bulan depan langkah pertama dalam hidupku. bulan depan akan menentukan segala- galanya. aku harap semuanya akan berjalan lancar.banyak yang aku angankan, bayangkan. perempuan memang suka, banyak berangan ke? tapi rasa macam lama je nak tunggu sebulan tu. hahahhaha, gelojohnya aku.







05 May 2011

:: salah faham ::

"semua ni kerja syaitan, jgn pikir yg bukan-bukan. pergi ambil wuduk, solat, biar tenang hati tu". itu yang dia ckp pada aku masa kitorg ada masalh tempoh hari. tak berfikir, terus bercakap, membuatkan kami sama- sama salah faham. aku ingat dia marahkan aku, tapi sebenarnya dia tak marah pun. cuma berdiam diri sebab nak bagi aku masa dan ruang untuk aku berfikir apa yang aku dah ckp dan apa sebenarnya yang telah terjadi. alhamdulillah, sekarang kami dah ok.
salah faham adalah satu keadaan yang merbahaya dalam semua hubungan manusia, antara keluarga, adik beradik, kawan- kawan. hal yang kecik pun akan jadi besar. jika tiada perbincangan akan berlarutan lama, mungkin tidak akan ada penyelesaian. sebab tu la, aku pentingkan penjelasan, perbincangan. tanpa semua tu, susah sesuatu hubungan itu nak kekal. dia mengajar aku tentang itu.