Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ................................................................................................... Lilypie First Birthday tickers ...................................................................................................

28 August 2012

:: 4 bulan ::

:: 27/4/2012 - 27/8/2012 ::

4 bulan sudah, cepat betul masa berlalu. saya semakin dapat membiasakan diri dengan kehidupan baru, dengan rutin harian yang baru. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik, sedikit gaduh, sedikit merajuk, tetapi tidak akan berpanjangan, akan saling minta maaf. kalau gaduh lama- lama, merajuk lama- lama, akan tetap bersua muka, akan tetap bercakap. sebab selepas kahwin, suami isteri saling memerlukan, saling kait mengait, tidak akan lengkap kalau kurang seorang. lagipun tinggal 1 umah, tidur 1 katil, 1 bantal, 1 selimut, macamana nak merajuk lama- lama. 

Alhamdulillah, telah selesai urusan perpindahan rumah. Alhamdulillah, tercapai rancangan kami untuk pindah selepas raya. sibuk sampai tak sempat nak pikir warna baju raya sedondon.


:: p/s :: i love sayang... ::

:: Raya 2012 ::

:: Raya Pertamaku ::

Raya pertamaku sebagai isteri. tidak banyak yang berubah cuma semakin seronok apabila keluarga semakin bertambah, juga bertambah rumah untuk dilawati. tahun ni raya pertama, jadi kami pergi ke semua sedara mara untuk mengenalkan keluarga baru. seronok tapi sedikit kelam kabut untuk mengatur jadual perjalanan, maklumlah raya pertama berdua. 


Dah tiba hari raya baru perasan yang baju kami tak sedondon warnanya. kenangan raya pertama, baju pengantin baru tak sama di hari raya. eh, pengantin baru lagi ker...heheheh. tak pa, raya tahun seterusnya, akan dipastikan warna sedondon, akan plan seawalnya. lagipun sepanjang puasa, kami sibuk dengan urusan pindah rumah, tu yang tak sempat nak pikir baju raya sedondon. 

:: Keluarga kecilku ::

06 August 2012

:: Tabah ::

:: Harap semakin tabah ::

3 bulan melayari rumahtangga, 3 bulan ada suami, 3 bulan ada keluarga baru, 3 bulan cuba mengubah jadual hidup seharian, 3 bulan cuba menjadi lebih baik. 

Selama 3 bulan berkahwin, saya makin memahami jadual kerja cinta hati aka suami saya. suami saya menyandang jawatan kecil di sebuah kilang, jadi komitmennya pada kerja sedikit tinggi. tapi saya bersyukur kerana suami saya mempunyai kerja tetap yang akan menjamin kehidupan kami. waktu kerja suami saya tidak seperti orang lain, office hour tetapi shif hour. 2 minggu selepas cuti kahwin, suami saya dah kena masuk kerja malam, bermakna saya akan tidur bersendirian. memang menjadi cabaran kerana saya tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. tetapi semakin lama, saya semakin dapat membiasakan diri.

Berpuasa, bersahur bersama suami adalah perkara baru dalam hidup saya. sebelum ni, semua mak yang sediakan, order je nak makan apa. tapi sekarang, suami pula yang order nak makan apa untuk buka dan sahur. agak mencabar bila memikirkan menu apa yang nak dimasak, macamana nak masak, tapi itulah perkara paling menyeronokkan. memandangkan jadual kerja cinta hati aka suami saya shift hour, jadi adalah masanya bila dia kena masuk malam, dan bila itu terjadi, saya akan bersahur dan berbuka sendiri. mula- mula tu, rasa nak nangis gak la, tapi bila ada keluarga mentua, x da la rasa sangat. sesungguhnya itulah asam garam perkahwinan.

:: Tabah ::

Saya memuji ketabahan kawan- kawan saya yang duduk berjauhan dari suami aka pjj, mereka tabah mengharunginya, bukan sekejap, berbulan- bulan. sedangkan saya 3 hari sudah sedih. sesungguhnya saya perlu belajar mengenai ketabahan itu dari mereka.

Pn. AnisPn. NoraPn. Hakimah 


Kamu semua adalah superwoman yang berjaya. saya takut saya tak mampu jadi seperti kamu semua. 


p/s:: saya harap saya akan sentiasa tabah dalam menharungi kehidupan bersama cinta hati aka suami

04 August 2012

:: Minta maaf vs Memaafkan ::

:: Minta maaf ::

Setiap manusia tak akan lepas dari buat silap. bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana kata- kata ada hati terasa. itu sudah lumrah manusia yang ada kelemahan. lagipun mulut memang tak boleh nak kawal kadang- kadang bila bercakap.

Begitulah juga saya, insan biasa yang penuh dengan kelemahan, kelancangan, dan kadang- kadang saya sedar, ada hati yang terguris, kadang- kadang saya tak menjaga sensitiviti orang lain. agak susah untuk saya meminta maaf pada setiap orang yang pernah terguris hatinya kerana saya, cuma dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf seikhlasnya dia atas semua kesalahan saya. jujur saya katakan, saya ingin memulakan semula ikatan persahabatan yang telah saya putuskan tanpa saya sedari. sesungguhnya itu adalah sesuatu yang amat merugikan saya. 

Saya memikirkan, kadang- kadang saya tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat sebegitu. sekian lama berkawan, dari sekolah, memlukan persahabatan di universiti, tiba- tiba hanya kerana perkara yang kecil, perkara yang tak patut saya marahkan, saya telah memutuskan ikatan persahabatan yang sepatutnya kekal kukuh sehingga sekarang. 

Rasanya tidak perlulah saya nyatakan disini siapa, cuma saya harap dia atau mereka akan baca nukilan ini, kerana

SESUNGGUHNYA SAYA INGIN MEMINTA MAAF, IKHLAS DARI HATI. SAYA HARAP KITA AKAN KEMBALI BERKAWAN.

:: Memaafkan ::

Selagi ada perasaan marah di hati, memang susah untuk dapat ketenangan. marah adalah musuh hati, kita tak digalakkan untuk ada musuh. jadi, itulah yang saya akan buat sekarang ni, saya ingin hati saya tenang demi suami dan keluarga saya, demi kehidupan saya selepas ini. 

SESUNGGUHNYA SAYA MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN SESIAPA SAJA KEPADA SAYA, KERANA SAYA JUGA MANUSIA BIASA ADA MEMBUAT KESILAPAN. 

p/s: saya ingin menjadi isteri yang boleh dibanggakan suami, jadi saya kena berubah menjadi lebih baik, bermula dari hati