Seperti tidak percaya, percutianku balik ke kampung untuk menjenguk pak cikku telah dapat membuatkan aku bertemu Mr. Mine ku. sesuatu yang sehingga kini aku masih tidak percaya, seperti mimpi rasanya.
Faktor- faktor yang membuatkan aku masih tidak percaya:
- kami jauh, dipisahkan oleh dua negeri johor - pahang.
- keluarga kami yang masih memegang erat adat, selain dari tiada keperluan untuk aku pergi ke johor atau dia datang ke pahang.
- komitmennya pada kerja
- tidak mahu menyusahkan dia untuk datang
Bagaimana yang membuatkan kami telah berjumpa:
- untuk berkenalan dengan adik- adikku, selain dari beramah mesra untuk mengetahui pandangan adik- adikku terhadap Mr. Mine ku ini.
- kesanggupannya untuk datang dari johor bahru ke batu pahat.
(baru aku tahu, rupanya dekat je, 1 jam lebih je, patut la dia beria nak datang). tiada yang mustahil bagi dirinya, tiada alasan bagi dirinya, yang penting kami dapat berjumpa.
***
Kerana keihlasannya, kerana sikapnya yang tiada alasan itulah membuatkan aku terpikat, jatuh hati padanya. kerana sikapnya inilah membuatkan kami berjumpa untuk kali pertama di rumahku dihadapan ibu ayahku setelah setahun setengah berkawan tanpa berjumpa. aku memberinya peluang, kata dua, "kalau betul nak kawan, datang rumah saya, kita jumpa depan mak ayah saya, tak payah nak mesej macm ni dah", dia membalas "ok. bagi saya alamat awak". keesokan harinya "saya dah ambik cuti minggu depan, 2 hari, saya akan datang rumah awak". dan dia pun sampai di rumahku dengan jayanya, tak sesat langsung.
***
Aku mencari lelaki seperti ayahku untuk dijadikan suami, betul- betul seperti ayahku. kerana bagiku ayahku adalah lelaki yang sempurna dan sebaik- baik manusia di dunia ini. Mr. Mine ku adalah seperti ayahku. ketika aku melihatnya seperti aku melihat ayahku. ramai yang cakap mustahil, mana ada lelaki macam ayahku, ayahku seorang sahaja di dunia ini. tetapi aku berpegang pada, mesti ada, yang penting kena cari dulu, barulah jumpa. dan akhirnya, aku dah jumpa, lelaki seperti ayahku, gaya cakapnya, tingkah lakunya, sifatnya. tiada yang mustahil didunia ini, yang penting kena usaha.
***
Uniknya Mr. Mine ku ini. kami tidak seperti pasangan bercinta yang lain, menukar panggilan kepada -abg & syg-, bie & nie-, bie & baby-, papa & mama-. kami masih menggunakan - sy & awk -, tidak berubah dari sejak kami berkawan, bercinta, hinggalah kami bakal berkahwin. baginya panggilan itu hanya boleh bertukar saat kami sah menjadi suami isteri. kerana panggilan itu hanya untuk kami berdua, tak perlu orang lain mendengarnya. sehingga kini, aku tidak pernah meletakkan gambar kami berdua di dalam facebook, atau di blog ini, kerana menghormati permintaannya yang hubungan kami tidak perlu di hebahkan kepada semua orang, melainkan setelah kami menikah. cukup sekadar, kami berdua tahu yang kami bercinta dan menjaga hubungan yang direstui keluarga ini elok- elok.
***
Aku mengharapkan hubungan aku dan Mr. Mine akan berjalan lancar dan kami dapat mengharungi dugaan dan cabaran bersama hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::