Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

16 November 2011

:: kembali ::

Rasanya macam dah lama sangat wa tak update blog ni. tak adalah berhabuk, cuma berdebu je...hehehe. maklumlah berpindah ditempat baru, memulakan hidup ditempat baru, memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sikit. lagi satu yang paling penting, wa baru dapat internet, baru beli broadband.

:: update terbaru ::
1


wa telah selamat menjadi tunang azmi. rasa macam tak percaya pun ada, tapi yang pasti wa bahagia, sebab hidup wa sudah semakin lengkap. bila tengok semula gambar- gambar pertunangan wa, senyum sendiri jer, macam tak sangka je.

Inilah rupa wa selepas dimekap. semua orang cakap muka wa lain, wa pun rasa mka lain. tapi yang pasti wa rasa wa cantik hari tu.

Inilah baju tunang wa hari itu. wa betul2 puas hati, cantik, jadi seperti apa yang wa bayangkan dan inginkan. semua orang ingat wa sewa baju ni, ramai yang terkejut bila wa cakap wa hantar tukang jahit buat. wa teringin nak pakai dress, tapi susah nak dapat size wa, jd wa buatlah baju ni.


2
Selepas majlis bertunang, wa terus ke JB, sebab selasa wa dah start kerja. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki berlipat ganda pada wa. sekarang wa kerja cikgu tadika swasta di jb. wa suka kerja ini, dan semoga akan kekal lama di dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::