Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

27 November 2011

:: Sakit ::

Mr. Mine aka Mr. Tunang wa sakit. tapak tangan dia patah. 

Pagi tadi, seperti biasa Mr Tunang wa akan bagi msg "Pg syg". keadaan seperti biasa sehinggalah dia msg wa bagitahu yang dia ada di hospital, ada kemalangan di tempat kerja. wa terus call dia, lega sedikit sebab dia angkat call dan cakap dengan wa. tapi masih ada rasa tak puas hati, tetap nak jumpa dia, nak tengok sendiri keadaan dia. terima kasih kepada Ya kerana sudi menghantar wa ke rumah dia.

Setengah jam wa menunggu dengan sabar.bila wa tengok dia sampai, masih boleh berjalan, wa lega. walaupun tangannya berbalut bersimen, wa masih bersyukur sebab dia masih boleh berjalan dan senyum bila tengok wa. dia suka wa ada kat umah masa dia sampai. Bila wa kata nak balik, muka dia terus berubah. dia tanya wa datang ke tak esok. tapi wa dah janji dengan dia yang wa akan datang setiap hari sabtu. 

Bila jadi macam ni, wa rasa nak cepat kawin je. wa nak jaga dia sepanjang dia sakit, tapi kami hanya tunang, ada batasnya. kalau boleh, wa nak sentiasa ada disisi dia, jaga keperluan dia sampai dia betul- betul sihat. 

:: Syg, cepat sihat yer...saya sayang awak sangat2. saya tetap akan jaga awak ::

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::