***
Di atas adalah daisypath yang baru dalam blog aku. apa kegunaannya? ini digunakan untuk menunjukkan dan terutamanya untuk mengingatkan aku tempoh masa yang aku ada untuk membuat persiapan sebelum berlangsungnya majlis pertunangan kami nanti. 3 bulan lagi, bermaksud bulan 9 akan berlakunya majlis yang kecil itu. kalau sebut 3 bulan lagi, rasanya macam lama lagikan, tapi sebenarnya dah tak lama, ada yang aku perlu buat dari sekarang secara berperingkat.
Barang hantaran
************
Dah kena survey, apa jenis yang terbaru sekarang ni, bakul besi ke, bakul rotan ke, bakul kayu ke. apa yang aku kena bagi, berapa barang hantaran nanti, sume tu dah kena pikir dari sekarang. memandangkan majlis kecilku itu berlangsung lepas raya, itu bemakna ramai yang akan buat majlis juga masa itu, tak kiralah majlis kecil macam aku atau majlis yang lebih besar, sekaligus bermaksud kedai barang hantaran itu akan sibuk dan kemungkinan tidak menerima tempahan lagi adalah besar. aku tak nak buat sendiri bermaksud menghias sendiri barang itu, kerana aku bukanlah kreatif sangat, tetapi aku juga ingin mengurangkan kos. kos membeli glu gun, kos membeli barang asas (bakul ke, kotak ke), begitu juga dengan bahan sampingan (reben, jarum, tali, bunga ). aku cuma akan meletakkan barang- barang (sejadah, buah, kain pasang dll) sendiri, ikut kreativiti aku yang tak lah berapa kreatif ni.
Baju tunang
*********
Hal yang penting untuk seorang gadis bila bertunang. orang mesti nak tengok baju apa yang dia pakai, warna apa, fesyen apa. untuk memastikan baju aku tu nanti diterima oleh tukang jahit dan gerenti siap, aku mestilah menghantarnya secepat yang mungkin. tukang jahit sekarang, kalu dah masuk bulan puasa, mesti dia tak nak ambik tempahan, kalau itu terjadi, apa yang aku nak pakai nanti.
Mak andam
**********
Keluarga aku tak ada yang pandai memekapkan orang. kalu sekadar nak pakai bedak, eye liner, aku pun boleh pakai sendiri, tapi nanti nampak macam nak pergi segamat je la, jadi, kenalah tempah mak andam awal, takut nanti mak andam dah ada majlis lain masa hari aku tu nanti.
Pelamin mini
**********
Aku akan buat sendiri dengan bantuan idea- idea dari ahli keluarga aku nanti (mak ayah, adik beradik, mak sedara, bapa sedara, sepupu- sepupu).
Itu je yang ada dalam kepala aku sekarang ni. nampak macam banyak la plak nak kena pikir. tapi seperti biasa, stay cool, jangan serabutkan kepala anda, pikirkan bila anda rasa anda perlu pikirkannya sahaja.
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::