Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

10 November 2012

:: Anugerah oh anugerah ::

:: Anugerah Skrin 2012 ::

Rasanya semua orang memang suka ada anugerah- anugerah kat tv, macam anugerah juara lagu, anugerah bintang pupolar, dan tidak ketinggalan anugerah skrin. ini adalah contoh- contoh anugerah yang memang ditunggu- tunggu setiap tahun, mungkin sebab gahnya atau happeningnya anugerah tu. contoh macam anugerah juara lagu, memang dan 25 tahun rasanya, dah banyak perubahan dari dulu. saya suka anugerah juara lagu sebab boleh tengok artis nyanyi live, persembahan yang lain dari yang lain. yang paling saya suka anugerah bintang popular, sebab undian peminat, nak tengok gak siapa paling popular tiap- tiap tahun, tapi tetap tak boleh lawan Dato' Siti Nurhaliza, sebab dia memang paling popular, sampai tarik diri dari dicalonkan. lagi 1 yang best pasal anugerah bintang popular, mestilah pengacaranya, sebab kalau pengacara happening, acara tu akan happening dan orang yang tengok pun tak akan bosan.

:: Ehsan dari google ::

Semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2012, meriah, meriah dengan artis- artis yang memakai busana yang sudah tentunya mahal dan cantik. juga meriah dengan mereka- mereka yang menang, walaupun ada yang tak dijangka akan menang. jadi, jangan ingat artis tu glamer, orang kenal, dia akan menang.

Sepanjang berlangsungnya anugerah itu, sepanjang itu juga lah saya dapati ramai yang buat status di facebook menyatakan tentang anugerah ini. dan kebanyakkannya mengatakan, betapa bosannya ASK 2012. jujurnya, saya pun rasa bosan, adakah kerana perjalanan acara, pengacaranya, penyampai anugerahnya, atau persembahan yang diselitkan.

Memang semua orang tahu, pengacaranya Awal Ashaari dan Neelofa, tapi bagi saya rasanya macam pengacara semalam Harun Salim Bachik. Neelofa hanya banyak diam dan dialognya cuma "cuba nenek sambung cerita tadi tentang cinta." memang bosan.

:: Ehsan google ::
Mujur ada Ady Putra, Rita Rudaini, Fizz Fairuz yang membuatkan acara itu ada juga la serinya. kalau tak ada diorang ni, memang hambar dan membosankan la acara tu malam tadi. konsep fairytail...idea dah ada, cuma pengisian tak cukup kuat, dan tidak mengujakan untuk ditonton. 

Tapi, apa- apa pun...diorang dah buat kelainan dari anugerah yang biasa, ada idea, ada konsep, ada cerita, cuma mungkin perlu dipertingkatkan. lagipun memang susah nak puaskan hati orang ramai, macam saya ni. yang penting diorang mencuba untuk beri yang terbaik.

:: p/s : saya ni komen je pandai, tapi tak tau la boleh buat ke tak kalau saya di tempat diorang...hehehh ::

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::