:: Kemalangan = Accident ::
Kami telah mengalamami kemalangan kecil dalam perjalanan ke umah kakak ipar saya semalam. Alhamdulillah, saya dan cinta hati aka suami tidak mengalami apa- apa kecederaan, begitu juga dengan EX kesayangan kami. biasalah kalau bergerak semasa office hour tamat, banyaklah kenderaan di jalan, lagi- lagi di lebuhraya pasir gudang, area pasir gudang ke perling, itu adalah hotspot, hot road di masa peak hour.
Walaupun kita berhati- hati, tetap ada risiko kemalangan sebab ada banyk lagi kenderaan lain di jalan ketika itu. oleh kerana jalan yang sibuk, jadi suami saya sentiasa memandang jalan, dan kami juga kirang berborak, sebab takut suami saya hilang tumpuan. ketika kereta bergerak perlahan, ada sebuah kereta Kia berwarna hitam dengan lajunya menyelit dihadapan kami, terdetik dihati saya, nape bawak kereta laju sekarang ni. tetapi kereta itu masih menyelit, dan tiba- tiba brek dengan mengejut, mujur suami saya dapat mengelak dan pada masa yang sama kereta wira dibelakang saya brek dan membuat pusingan U lalu terus ke seberang jalan. kami berhenti dan melihat keadaan kereta wira terbabit, alhamdulillah, dia tidak mengalami apa- kecederaan. pemandu kereta Kia itu meminta maaf kerana ternyata salah dia, membuatkan kami semua terpaksa brek mengejut.
Kadang- kadang kemalangan yang terjadi bukan semua adalah salah kita, ada gak yang kemalangan kerana kecuaian orang lain.
:: p/s : jadi, jangan pentingkan diri sendiri, pikirkan tentang orang lain, keselamatan orang lain gak. bukan kita je yang hidup lama kat dunia ni ::
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::