:: Pasar Borong Pandan ::
Selama ni, saya tak terpikir yang pasar borong ada buka malam. setahu saya, Uptown je ada buka malam sampai pukul 3 pagi. setelah berkahwin dan menetap di Johor Bahru, barulah saya tahu kewujudannya. kebetulan rumah kami berdekatan dengan pasar borong, jadi inilah tempat untuk kami membeli belah barang- barang basah, kebiasaannya, saya akan beli banyak cukup untuk seminggu atau lebih.
ehsan google |
Masa kali pertama datang, memang teruja, sebab tak pernah terpikir yang ada pasar borong macam ni, selama ni saya anggap yang pasar borong akan buka awal pg, seawal 6 pagi. macam- macam ada, ikan bermacam ikan dari yang kecik sampai la yang besar sangat, ayam, daging, sayur- sayuran, buah. kadang- kadang, sampai tak tahu nak beli apa. tapi, biasalah, kami kan tinggal berdua, bukan makan banyak sangat pun, jadi semuanya beli setengah kilo je.
:: rasa- rasanya rambang mata tak tengok banyak mcm ni :: ehsan google |
:: sayur pun banyak. pilih je mana yang nak :: ehsan google |
Bila difikirkan, ada juga rasionalnya pasar borong ni buka malam bukan siang seperti di tempat lain. maklumlah, di bandar, semua kerja waktu siang, jadi kalau pasar borong tu buka siang, bilalah dapat nak pergi beli ikan. memang strategik la time operation pasar borong ni.
:: Pandan Uptown ::
:: Jb pun ada uptown tau :: Ehsan google |
Pandan uptown terletak diperkarangan Pasar borong pandan. jadi, jangan ingat KL je yang ada uptown, JB pun ada, sama gak la happening dengan kat KL tu. jadi, tak semestinya sesapa yang pergi ke Pandan tu nak pergi ke pasar borong sahaja. bak kata, semua benda yang diingini ada kat pandan tu. setakat ni saya beli selipar rm10 kat uptown pandan.
p/s: jap lagi, saya dan suami nak ke pasar borong pandan, nak beli barang- barang basah, stok untuk seminggu
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::