Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

27 November 2012

:: 7 Bulan ::

Alhamdulillah...
Allah memanjangkan umurku, masih masih memberi peluang untuk saya bangun setiap pagi, memulakan hari dengan senyuman dan penuh kasih sayang untuk semua insan yang saya sayangi, terutamanya cinta hati aka en suami tercinta yang sentiasa dihati sehingga keakhir hayat, insya allah hingga nafas terakhirku.

Alhamdulillah...
Hari ini sudah mamsuki fasa 7 bulan hidup bersama cinta hati aka en suami tercinta. semakin banyak yang saya lalui, perkara- perkara baru yang berlaku setiap hari. setiap hari, saya masih tetap berusaha menjadi yang terbaik untuk cinta hati aka en suami tercinta. sesungguhnya, cinta kami semakin teguh dan semakin kuat.

Alhamdulillah...
Sepanjang 7 bulan prkahwinan kami, semakin tebal perasaan sayang dan cinta antara kami. sesungguhnya, saya amat bersyukur dengan jodoh yang diberikan Allah kepada saya ini, kerana dia terlalu berharga. gaduh sikit- sikit memang ada, tipulah kalau tak ada, tp itu yang membuatkan kami semakin dekat dan semakin memahami antara satu sama lain. 

Alhamdulillah...
Semakin saya dapat merasakan kasih sayang cinta hati aka en suami kepada saya, 7 bulan berkahwin, saya mendapat sesuatu dari dia. terima kasih suamiku.

:: Dari dia untuk saya ::
ehsan google

:: p/s dia terlalu berharga untuk saya, insya allah saya akan jaga hubungan ini hingga ke syurga dan berusaha untuk bahagiakan dia ::

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::