:: Hobi vs Angan- angan ::
Entah kenapa sekarang ni banyak pula idea untuk dicoretkan di dalam blog kami ni ( saya dan suami bersama ). sekarang ni saya nak cerita pasal hobi saya pula.
:: Membaca + Buku ::
Saya memang suka membaca, mungkin kerana dari kecil, saya dan adik- adik dah diserapkan dengan budaya membaca. bila kami dah besar sikit, umur dah menjangkau 3- 4 tahun, tiada mainan lagi untuk kami, tapi hanya buku dan alatan menulis menjadi hadiah kami adik beradik. setiap malam, setiap ketika kami akan diajar membaca oleh mak dan abah. jadi, oleh kerana itulah ketika umur saya 4 tahun, saya dah boleh membaca buku sendiri, sampai ada mak cik, kawan mak hairan.
Sehingga kini, saya memang suka membaca, tapi menjangkau peningkatan usia, genre pembacaan juga berubah. masa remaja, saya suka baca buku kartun, komik. saya pernah kumpul majalah APO?, dari episod 1 hinggalah episod seratus lebih. tapi semua dah kena buang.
Bila dah semakin habis sekolah dan masuk universiti, saya bertukar ke mingguan wanita dan mastika. dan sekarang bila dah berumah tangga, saya lebih banyak membaca buku- buku ilmiah, motivasi, unutuk menambahkan ilmu pengetahuan supaya dapat ilmu untuk memantapkan rumahtangga saya dan suami.
:: kedai buku impianku :: |
Suami pernah tanya, "awak tak nak buka bisnes ke?...pikirkan sesuatu yang awak suka, kita buka bisnes. " dalam kepala saya cuma pikir kedai buku je, sebab saya tersangat suka membaca. tapi, untuk ada bisnes, semua kena siap sedia, yang paling utama duit untuk dijadikan modal, mental untuk atasi dugaan dan masalah yang bakal mendatang, dan juga fizikal, sebab pastinya akan berkerja keras untuk memastikan perniagaan stabil dan boleh bernafas lega. ilmu perniagaan juga mestilah kuat dan banyak di dalam dada, sebab banyak perkara perlu dijaga, dan diuruskan denganbaik, contohnya, modal pusingan, untung rugi, entah ingat lagi ke tak prinsip akaun yang aku ambil masa spm dulu.
:: p/s segala kejayaan bermula dengan angan- angan, tapi mestilah ada usaha. semoga angan- angan saya ni jadi kenyataan. ::
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::