Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

27 November 2012

:: 7 Bulan ::

Alhamdulillah...
Allah memanjangkan umurku, masih masih memberi peluang untuk saya bangun setiap pagi, memulakan hari dengan senyuman dan penuh kasih sayang untuk semua insan yang saya sayangi, terutamanya cinta hati aka en suami tercinta yang sentiasa dihati sehingga keakhir hayat, insya allah hingga nafas terakhirku.

Alhamdulillah...
Hari ini sudah mamsuki fasa 7 bulan hidup bersama cinta hati aka en suami tercinta. semakin banyak yang saya lalui, perkara- perkara baru yang berlaku setiap hari. setiap hari, saya masih tetap berusaha menjadi yang terbaik untuk cinta hati aka en suami tercinta. sesungguhnya, cinta kami semakin teguh dan semakin kuat.

Alhamdulillah...
Sepanjang 7 bulan prkahwinan kami, semakin tebal perasaan sayang dan cinta antara kami. sesungguhnya, saya amat bersyukur dengan jodoh yang diberikan Allah kepada saya ini, kerana dia terlalu berharga. gaduh sikit- sikit memang ada, tipulah kalau tak ada, tp itu yang membuatkan kami semakin dekat dan semakin memahami antara satu sama lain. 

Alhamdulillah...
Semakin saya dapat merasakan kasih sayang cinta hati aka en suami kepada saya, 7 bulan berkahwin, saya mendapat sesuatu dari dia. terima kasih suamiku.

:: Dari dia untuk saya ::
ehsan google

:: p/s dia terlalu berharga untuk saya, insya allah saya akan jaga hubungan ini hingga ke syurga dan berusaha untuk bahagiakan dia ::

20 November 2012

:: Takut ::

:: Kemalangan = Accident ::

Kami telah mengalamami kemalangan kecil dalam perjalanan ke umah kakak ipar saya semalam. Alhamdulillah, saya dan cinta hati aka suami tidak mengalami apa- apa kecederaan, begitu juga dengan EX kesayangan kami. biasalah kalau bergerak semasa office hour tamat, banyaklah kenderaan di jalan, lagi- lagi di lebuhraya pasir gudang, area pasir gudang ke perling, itu adalah hotspot, hot road di masa peak hour. 

Walaupun kita berhati- hati, tetap ada risiko kemalangan sebab ada banyk lagi kenderaan lain di jalan ketika itu. oleh kerana jalan yang sibuk, jadi suami saya sentiasa memandang jalan, dan kami juga kirang berborak, sebab takut suami saya hilang tumpuan. ketika kereta bergerak perlahan, ada sebuah kereta Kia berwarna hitam dengan lajunya menyelit dihadapan kami, terdetik dihati saya, nape bawak kereta laju sekarang ni. tetapi kereta itu masih menyelit, dan tiba- tiba brek dengan mengejut, mujur suami saya dapat mengelak dan pada masa yang sama kereta wira dibelakang saya brek dan membuat pusingan U lalu terus ke seberang jalan. kami berhenti dan melihat keadaan kereta wira terbabit, alhamdulillah, dia tidak mengalami apa- kecederaan. pemandu kereta Kia itu meminta maaf kerana ternyata salah dia, membuatkan kami semua terpaksa brek mengejut.

Kadang- kadang kemalangan yang terjadi bukan semua adalah salah kita, ada gak yang kemalangan kerana kecuaian orang lain. 

:: p/s : jadi, jangan pentingkan diri sendiri, pikirkan tentang orang lain, keselamatan orang lain gak. bukan kita je yang hidup lama kat dunia ni ::

17 November 2012

:: pasar borong malam ::

:: Pasar Borong Pandan ::

Selama ni, saya tak terpikir yang pasar borong ada buka malam. setahu saya, Uptown je ada buka malam sampai pukul 3 pagi. setelah berkahwin dan menetap di Johor Bahru, barulah saya tahu kewujudannya. kebetulan rumah kami berdekatan dengan pasar borong, jadi inilah tempat untuk kami membeli belah barang- barang basah, kebiasaannya, saya akan beli banyak cukup untuk seminggu atau lebih. 

ehsan google
Masa kali pertama datang, memang teruja, sebab tak pernah terpikir yang ada pasar borong macam ni, selama ni saya anggap yang pasar borong akan buka awal pg, seawal 6 pagi. macam- macam ada, ikan bermacam ikan dari yang kecik sampai la yang besar sangat, ayam, daging, sayur- sayuran, buah. kadang- kadang, sampai tak tahu nak beli apa. tapi, biasalah, kami kan tinggal berdua, bukan makan banyak sangat pun, jadi semuanya beli setengah kilo je. 

:: rasa- rasanya rambang mata tak tengok banyak mcm ni ::
ehsan google

:: sayur pun banyak. pilih je mana yang nak ::
ehsan google

Bila difikirkan, ada juga rasionalnya pasar borong ni buka malam bukan siang seperti di tempat lain. maklumlah, di bandar, semua kerja waktu siang, jadi kalau pasar borong tu buka siang, bilalah dapat nak pergi beli ikan. memang strategik la time operation pasar borong ni. 

:: Pandan Uptown ::

:: Jb pun ada uptown tau ::
Ehsan google

Pandan uptown terletak diperkarangan Pasar borong pandan. jadi, jangan ingat KL je yang ada uptown, JB pun ada, sama gak la happening dengan kat KL tu. jadi, tak semestinya sesapa yang pergi ke Pandan tu nak pergi ke pasar borong sahaja. bak kata, semua benda yang diingini ada kat pandan tu. setakat ni saya beli selipar rm10 kat uptown pandan. 

p/s: jap lagi, saya dan suami nak ke pasar borong pandan, nak beli barang- barang basah, stok untuk seminggu 



13 November 2012

:: Semangat ::

:: Berikanku semangat ::
Dalam hidup, kita memerlukan semangat dari orang- orang yang dekat dengan kita bila kita dalam kesusahan, kejatuhan, ketidakseimbang emosi. tetapi, kalau orang- orang itu yang menjatuhkan semangat kita sendiri, apa yang perlu kita buat. 

Selepas berkahwin, banyak yang berubah, selain dari perubahan yang nampak nyata, ada juga yang tersirat. 

Perubahan yang nampak nyata :
# dulu sorang, sekarang berdua.
# dulu cik, sekarang Puan
# dulu apa- apa keputusan, tanya mak dan abah je, sekarang kena tanya suami dulu
# dulu sewa rumah dengan kawan- kawan perempuan, sekarang sewa atau tinggal dengan suami
# dulu masak untuk sorang makan kalau tak pun makan dengan kawan satu rumah, sekarang kena masak untuk suami
# dulu masak ikut selera sendiri, sendiri nak makan, sekarang kena fikir selera suami juga
# dulu raya balik kampung mak atau abah, sekarang kena balik kampung suami gak
# dulu saya ada 2 adik perempuan je, sekarang saya ada kakak, abang ipar, adik ipar perempuan, 2 adik ipar lelaki.

Perubahan yang tersirat :
@ BERAT BADAN SAYA MAKIN BERTAMBAH
@ SAYA SEMAKIN BERISI
@ SELUAR SAYA DAH JADI MACAM SELUAR PAKAI BUANG

Saya memerlukan semangat yang nyata untuk saya mengatasi perubahan yang tersirat ini, tapi ternyata saya susah nak dapat. 

:: p/s : mood = sedih ::

11 November 2012

:: Kedai buku ::

:: Hobi vs Angan- angan ::

Entah kenapa sekarang ni banyak pula idea untuk dicoretkan di dalam blog kami ni ( saya dan suami bersama ). sekarang ni saya nak cerita pasal hobi saya pula. 

:: Membaca + Buku ::

Saya memang suka membaca, mungkin kerana dari kecil, saya dan adik- adik dah diserapkan dengan budaya membaca. bila kami dah besar sikit, umur dah menjangkau 3- 4 tahun, tiada mainan lagi untuk kami, tapi hanya buku dan alatan menulis menjadi hadiah kami adik beradik. setiap malam, setiap ketika kami akan  diajar membaca oleh mak dan abah. jadi, oleh kerana itulah ketika umur saya 4 tahun, saya dah boleh membaca buku sendiri, sampai ada mak cik, kawan mak hairan. 

Sehingga kini, saya memang suka membaca, tapi menjangkau peningkatan usia, genre pembacaan juga berubah. masa remaja, saya suka baca buku kartun, komik. saya pernah kumpul majalah APO?, dari episod 1 hinggalah episod seratus lebih. tapi semua dah kena buang. 

Bila dah semakin habis sekolah dan masuk universiti, saya bertukar ke mingguan wanita dan mastika. dan sekarang bila dah berumah tangga, saya lebih banyak membaca buku- buku ilmiah, motivasi, unutuk menambahkan ilmu pengetahuan supaya dapat ilmu untuk memantapkan rumahtangga saya dan suami. 

:: kedai buku impianku ::

Suami pernah tanya, "awak tak nak buka bisnes ke?...pikirkan sesuatu yang awak suka, kita buka bisnes. " dalam kepala saya cuma pikir kedai buku je, sebab saya tersangat suka membaca. tapi, untuk ada bisnes, semua kena siap sedia, yang paling utama duit untuk dijadikan modal, mental untuk atasi dugaan dan masalah yang bakal mendatang, dan juga fizikal, sebab pastinya akan berkerja keras untuk memastikan perniagaan stabil dan boleh bernafas lega. ilmu perniagaan juga mestilah kuat dan banyak di dalam dada, sebab banyak perkara perlu dijaga, dan diuruskan denganbaik, contohnya, modal pusingan, untung rugi, entah ingat lagi ke tak prinsip akaun yang aku ambil masa spm dulu.

:: p/s segala kejayaan bermula dengan angan- angan, tapi mestilah ada usaha. semoga angan- angan saya ni jadi kenyataan. ::

10 November 2012

:: Anugerah oh anugerah ::

:: Anugerah Skrin 2012 ::

Rasanya semua orang memang suka ada anugerah- anugerah kat tv, macam anugerah juara lagu, anugerah bintang pupolar, dan tidak ketinggalan anugerah skrin. ini adalah contoh- contoh anugerah yang memang ditunggu- tunggu setiap tahun, mungkin sebab gahnya atau happeningnya anugerah tu. contoh macam anugerah juara lagu, memang dan 25 tahun rasanya, dah banyak perubahan dari dulu. saya suka anugerah juara lagu sebab boleh tengok artis nyanyi live, persembahan yang lain dari yang lain. yang paling saya suka anugerah bintang popular, sebab undian peminat, nak tengok gak siapa paling popular tiap- tiap tahun, tapi tetap tak boleh lawan Dato' Siti Nurhaliza, sebab dia memang paling popular, sampai tarik diri dari dicalonkan. lagi 1 yang best pasal anugerah bintang popular, mestilah pengacaranya, sebab kalau pengacara happening, acara tu akan happening dan orang yang tengok pun tak akan bosan.

:: Ehsan dari google ::

Semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2012, meriah, meriah dengan artis- artis yang memakai busana yang sudah tentunya mahal dan cantik. juga meriah dengan mereka- mereka yang menang, walaupun ada yang tak dijangka akan menang. jadi, jangan ingat artis tu glamer, orang kenal, dia akan menang.

Sepanjang berlangsungnya anugerah itu, sepanjang itu juga lah saya dapati ramai yang buat status di facebook menyatakan tentang anugerah ini. dan kebanyakkannya mengatakan, betapa bosannya ASK 2012. jujurnya, saya pun rasa bosan, adakah kerana perjalanan acara, pengacaranya, penyampai anugerahnya, atau persembahan yang diselitkan.

Memang semua orang tahu, pengacaranya Awal Ashaari dan Neelofa, tapi bagi saya rasanya macam pengacara semalam Harun Salim Bachik. Neelofa hanya banyak diam dan dialognya cuma "cuba nenek sambung cerita tadi tentang cinta." memang bosan.

:: Ehsan google ::
Mujur ada Ady Putra, Rita Rudaini, Fizz Fairuz yang membuatkan acara itu ada juga la serinya. kalau tak ada diorang ni, memang hambar dan membosankan la acara tu malam tadi. konsep fairytail...idea dah ada, cuma pengisian tak cukup kuat, dan tidak mengujakan untuk ditonton. 

Tapi, apa- apa pun...diorang dah buat kelainan dari anugerah yang biasa, ada idea, ada konsep, ada cerita, cuma mungkin perlu dipertingkatkan. lagipun memang susah nak puaskan hati orang ramai, macam saya ni. yang penting diorang mencuba untuk beri yang terbaik.

:: p/s : saya ni komen je pandai, tapi tak tau la boleh buat ke tak kalau saya di tempat diorang...hehehh ::

09 November 2012

:: Kaki ::

:: Kaki Ayam ::

Usia perkahwinan kami baru menjangkau 6 bulan, semakin banyak yang saya belajar tentang suami saya dari semua orang, keluarga dan kawan- kawan suami saya. yang paling utama, banyak yang saya belajar tentang apa yang suami saya suka makan, ternyata suami saya tak cerewet pasal makan, simple tapi kena dengan selera dia. 

Ini salah satu makanan kegemaran suami saya, tiap kali kami pergi ke pasar borong, mesti kena beli 1/2 kilo untuk suami saya. 

:: Kaki ayam masak tumis asam ::

:: kaki ayam masak tumis asam ::
Saya pun tak tahu apa nama resepi ini sebenarnya. jadi, saya reka nama yang mudah dan sedap untuk disebut...heheheh...resepi ini sedap dan sudah tentu mudah dibuat. 

Bahan- bahan:
kaki ayam
bawang merah (saya suka guna bawang besar)
bawang putih
cili padi
cili merah besar
cili hijau besar
asam jawa
- bahan- bahan yang digunakan ikut sukatan sendiri, kalau suka banyak, boleh letak banyak. macam saya, saya suka banyak bahan- bahan. -

Cara- cara :
rebus kaki ayam hingga kering air dan yakin lembut. seeloknya 2 kali rebus sebab nak bagi sampai hilang lendir air rebusan.
tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan merah hingga layu dan naik bau.
masukkan kaki ayam yang telah siap direbus, boleh dimasukkan air rebusan sedikit. 
masukkan air asam jawa secukupnya, kalau nak masam, boleh letak lebih sikit, tapi resepi ni memang sedap masam- masam sikit.
akhir sekali, masukkan garam dan perasa secukupnya. 

:: Lambat ::

:: Terlambat Melambatkan Sengaja lambat ::

Semalam, Rabu 7 Nov 2012, saya menemani suami yang menghadiri tenujanji jemaah doktor di Hospital ****** ****** berkaitan dengan kes tangan suami saya yang patah dulu. terpaksa star untuk mengelakkan dari saya dikenakan tindakan...hehehe... temujanji suami saya pada pukul 2.00 ptg, jadi kami bergerak dari rumah pukul 1.20, kerana hospital dekat dengan rumah kami. kami sampai di hospital, di aras 3, bahagian ortopedik pada pukul 1.45 ptg. suami saya adalah orang ke dua yang datang untuk temujanji kerana terdapat sehelai kertas di letakkan di kaunter 1 untuk pendaftaran. jadi, kami menjangkakan yang urusan temujanji ini akan selesai pada pukul 2.30 ptg. 

Tetapi, pukul 2.30 ptg, masih belum ada tanda- tanda yang temujanji ini akan bermula. staff nurse yang bertugas di kaunter tiba pada pukul 2.15 ptg, untuk menjalankan urusan pendaftaran. 5 minit kemudian, doktor dan staff yang terbabit dalam urusan temujanji jemaah doktor ini tiba dengan lagak selamba, seolah- olah surat mengatakan mula pukul 3 ptg. tepat pukul 2.45 ptg, suami saya dipanggil masuk untuk berjumpa dengan jemaah doktor, dan akhirnya semua urusan selesai, Alhamdulillah...

Seharusnya perkara ini tidak terjadi. lebih baik nyatakan dalam surat yang temujanji mula pukul 3.00 ptg. masa tu nak mula, masa tu baru nak sediakan bilik, sediakan alatan, masa tu baru nak datang. bukan nak mengata atau serkap jarang, tapi kebanyakan urusan dengan jabatan kerajaan, memang akan terjadi perkara sebegini, saya bukan nak cakap semua, tapi kebanyakkannya. setiap kali budget keluar, jabatan kerajaan mesti dapat kelebihan tapi, service tetap sama, lambat, tidak ada perubahan. bak kata PM "Rakyat didahulukan".

:: p/s :: suami tanya, "awk nak kerja kerajaan gak, tengok la service diorang ni". saya jawab "insya allah saya akan ubah kalau saya diberi peluang" ::