Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

08 July 2011

:: Misi Alin ::

3 Julai, kitorang 1 family, telah pergi ke KL, untuk menghantar adik lin melanjutkan pelajarannya.


Inilah nama tempatnya. rasa teruja masa masuk UM tu. eh, macam aku plak yang study kat situ.hahahah.
tapi, yang pasti kitorang sume memang berbangga dengan adik lin, sebab dalam dia tak nak tu, akhirnya dia pergi gak. mungkin dia dah sedar yang banyak kelebihan dia akan dapat bila study kat sini. selepas 3 tahun, dia terus akan berkhidmat di sini sebagai nurse, part yang paling best, dia tak dapt ptptn tapi ada elaun rm650 tiap- tiap bulan. ini bermakna dia tak menanggung hutang seperti aku dan angah. tahniah untuk adik lin.

Sekarang ni, adik lin masih dalam minggu orientasi. tapi, macam tak berapa penat sebab tak kena berlari, dok dalam bilik berair cond je. hr jumaat, berakhir lah orientasinyer. kemudian akan disusuli dengan kelas. bulan depan baru dapat baju uniform bersama dengan kasut. tiap- tiap malam kami bercakap dengan adik lin, seronok dia kat sana. sebilik pun berdua je, agak luaslah bilik dia. 

Rezeki dia murah, senang perjalanan hidupnya. dapat belajar, habis belajar tak perlu risau cari kerja, sebab dah ada tempat kerja untuk dia. tahniah untuk adik lin. 


**********

*********

********

*******

******

*****

****

***

**

*


Inilah bakal nurse...

Misi Alin

***

:: Dalam kenangan ::

= Al- Fatihah =

Pak Long Mansur meninggal dunia pagi tadi. arwah adalah abang sulung abah aku. dah tua dah, tapi masih gagah naik motor sendiri dari rompin ke yong peng. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang- orang yang soleh.

***

**

*


= Ang dalam kenangan. =

Semalam, bila aku sampai rumah je, tengok ang dah mati, dah dihurung semut. tapi memang dah nampak yang ang ni macam tak lama je lagi nak mati, sebab dia lemah sangat. sehari sebelum dia mati, dia asyik baring je, makan tak nak, minum susu pun tak nak. jadi, aku bagilah susu segar, ada gak la tenaga dia nak bergerak pas tu. 

***

07 July 2011

:: Ilusi ::


***

**

*

Sesi termenung.
wah...bergaya betul la termenungnyer...hahhaha...masa ni tunggu zurina nak gi kenduri sebenarnya.
tapi, sebenarnya masa dok tunggu tu memang ada termenung pun memikirkan masa depan yang dah nampak hala tujunya, dengan sapa untuk menuju masa depan. memikirkan itu, buatkan aku jadi gementar, betul ke pilihan aku, macamana la agaknya rupa, apa la yang bakal terjadi tahun depan, 3 tahun akan datang, 5 tahun 
akan datang, masih bahagiakah aku, atau makin bahagia.

kita tak akan bahagia kalau kita tak berusaha untuk menjadi bahagia.

Sesi bercerita.
Mr. Mine... dia tak pernah bagi aku hadiah macam orang lain yang bercinta, melainkan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya untuk aku, itulah hadiah yang paling berharga dr Mr. Mineku. tapi aku tahu sehabis mana dia selama 2 tahun kami berkawan hanya disebabkan untuk mengambil hatiku. entah berapa banyak duit dia habis top upkan aku, msg aku tp aku tak balas pn, call aku kdg2 angkt kdg2 biar je ada gak la menipu. dia tahu aku menipu, dia tahu aku sengaja tak nak angkat call dia, tapi dia tak marah, sebab bagi dia, itu hak aku. dia tetap tunggu sampai aku terbuka pintu hati sendiri. 

"berbaloi apa yang saya buat selama ni, saya tak pernah rasa susah pun. saya tahu awak tipu saya masa saya call hari tu, tapi itu hak awak, awak ada sebab sendiri nape awk buat mcm tu. lagipun saya sayang awak sangat, jadi saya tak ada rasa nak marah pada awak". 
Itu kata-katanya pada aku masa aku mintak maaf kat dia. terharu, very touching la you. that's why i love you from the first time i saw you. 

***

29 June 2011

:: Berangan ::

Korang pernah ada angan- angan tak...dengan kata lainnya berangan. memang tipulah kalau cakap tak ada. ada yang cakap gegirl lagi suka berangan dari boboy. sebabnya gegirl ni suka banyak benda yang boleh berangankan. contohnya, nak bf hensem, ada kereta besar. bila dah dapat bf, berangan nak bf bg bunga, tibe- tibe wat surprise bagi bunga, bagi hadiah macam- macam. bila dah ada suami plak, berangan yang suami bagi surprise holiday kat oversea, bagi satu set barang kemas masa anniversary, macam- macam la berangannya. boboy plak berangan nak pakai kereta apa. bila dah dapat kereta, berangan nak mekap cantik- cantik. bila dah mekap, berangan nak ada gf cantik, tinggi lampai, muka licin tak ada jerawat, pas tu berangan dapat kawin. 

***
Aku suka tengok pengantin, sebab bagi aku, pengantin tu adalah orang yang paling cantik masa tu, muka dia cantik, baju dia cantik, pas tu bila jadi pengantin, sume kerja tak payah buat, orang layan baik punyer. pas tu bila tengok citer cinderella, teringin plak nak jadi macam cinderella, kawin nak pakai gaun mcam cinderella tu. memang melangkaui akal logik la berangannya tu. 

***
Bulan lepas, fenomena NORA ELENA melanda. aku pun tengok gak, sebab utamanya mesti la Aaron Aziz aka Seth Tan. punyalah romantik Seth Tan. pas tu mulalah berangan, kalu lah ada lelaki macam tu, memang best la. beli bunga banyak- banyak untuk wife dia, angkat wife dia tido letak atas katil, cuti 3 hari semata- mata nak jaga wife dia sakit terseliuh kaki. 
Aku memang berangan yang Mr. Mine aku macam tu, ada la terselit harapan yang Mr. Mine aku macam Seth Tan tu...hahahhah....memang gelak gak la bila teringat. ada kala bila tengok sikap Mr. Mine, ada kot sikit- sikit macam sikap Seth Tan tu, romantiknya ada sikit- sikit. 

Sekarang, bila dah besar, usia semakin banyak ni, aku gelak bila teringat balik angan- angan aku tu, memang angan- angan budak budak. sekarang, yang penting bagi aku, sederhana, dapat membuatkan semua orang senyum dan gembira. tapi, yang tak berubah, aku tetap suke tengok pengantin, baju pengantin, pelamin dan bilik pengantin, cantik sangat- sangat.

***
Berangan tetap kena berangan. macamana nak jadi kenyataan kalau tak berangan dulu, betul tak? jadi, berangan je la, tak salah pun. yang penting senyum, jujur pada hati dan pada orang yang kita sayang. 

25 June 2011

:: penghuni baru ::


Inilah penghuni baru yang dimaksudkan. ini semua adalah anak kucing yang baru dilahirkan, rasanya umur diorg ni dah 2 bulan lebih kot. dah pandai main, dah pandai menggigit, dah tak takut orang. 

***

**

*
:: senandung bersama anaknya bis @ stokin ::

Inilah anak kucing pertama yang dilahirkan. senandung telah melahirkan 3 ekor anak, tapi yang tinggal sekor ni je, lagi 2 ekor dah mati. maklumlah baru kali pertama melahirkan anak, tak la berapa pandai nak jaga sangat. Bis @ stokin ni betul- betul ikut maknya senandung, hitam tapi mujurlah ada lain sikit, dia pakai stokin, jadi aku panggil la stokin.

***

**

*

Seminggu kemudian 3 ekor ni plak lahir. ada oren, hitam belang, dan hitam putih. memang comel. tapi yang hitam putih ni sakit, sian tengok dia. 

***

**

*



***


***


***



Inilah mereka semua sekarang, cergas dan sihat.

23 June 2011

:: saya kenal sayang saya ::

Tajuk macam nak cerita pasal sayang aku je kan...heheheh
tapi sebenarnya tak pun, sebenarnya nak cerita pasal satu lagu ni, best pada telinga aku lah, tak tau la pada telinga org lain
apa yang menariknya lagu ni?
lagu ni simple, guna lirik yang ringan, fun, tak perlu nak pikir apa maksudnya, apa yang ada disebalik lagu tu. bak kata orang seni, catchy.


***
kita yang bercinta, jadi kita tau apa yg kita rasa, tak perlu nak dengar apa orang cakap, apa pendapat orang. tapi kalau pendapat org tu boleh pakai, memang kena dengar la. kita lebih tahu kenapa kita bercinta dengan dia, kenapa kita terima dia. bak kata orang yang pernah cakap dengan aku, bercinta ni umpama baru nak belajar drive kereta. kena belajar banyak perkara, kena belajar gear, cara nak control minyak, control stereng. kalau tak pandai sume tu, memang tak boleh nak drive kereta la, terbabas, accident. macam tu gak la dengan bercinta, kena belajar pasal dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, cara kawal perasaan, kawal gerak geri, kawal perbuatan, percakapan. kalau tak boleh buat sume tu memang tak kan lama lah bercinta, putus ditengah jalan. 
lelaki akan cakap, perempuan susah untuk difahami. perempuan plak cakap, sume nak kena ikut cakap dia, susah betul nak paham lelaki ni. pendek kata, sama je lelaki dan perempuan ni, susah nak difahami, tetapi tak payah untuk dimengerti. lebih baik mengerti daripada fahami. 



:: credit to = fynn jamal ::

14 June 2011

:: Antara adat dan impian ::

Bak kata orang tua- tua, biar mati anak jangan mati adat. ini bermakna yang adat tu penting, tak boleh nak abaikan, tak boleh nak buat ringan hal yang melibatkan adat ni. tapi kadang- kadang ada gak orang yang tak berapa nak pentingkan adat, tapi lebih mementingkan keadaan semasa. 
Dalam situasi aku, walaupun aku ada impian sendiri untuk majlis kecilku nanti, tapi aku kena lupakan impian aku tu sebab Mr. Mine aku lebih mementingkan adat, keluarganya lebih mementingkan adat. memang nak marah, sampai sekarang masih berbekas rasa marah. tapi macamana marah, macamana berkeras pun, tetap tak dapat gak. jadi lebih baik aku ikutkan je, sebab yang penting sekarang bagi aku, majlis kecilku tu nanti berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit rasa tak puas hati.