3 Julai, kitorang 1 family, telah pergi ke KL, untuk menghantar adik lin melanjutkan pelajarannya.
Inilah nama tempatnya. rasa teruja masa masuk UM tu. eh, macam aku plak yang study kat situ.hahahah.
tapi, yang pasti kitorang sume memang berbangga dengan adik lin, sebab dalam dia tak nak tu, akhirnya dia pergi gak. mungkin dia dah sedar yang banyak kelebihan dia akan dapat bila study kat sini. selepas 3 tahun, dia terus akan berkhidmat di sini sebagai nurse, part yang paling best, dia tak dapt ptptn tapi ada elaun rm650 tiap- tiap bulan. ini bermakna dia tak menanggung hutang seperti aku dan angah. tahniah untuk adik lin.
Sekarang ni, adik lin masih dalam minggu orientasi. tapi, macam tak berapa penat sebab tak kena berlari, dok dalam bilik berair cond je. hr jumaat, berakhir lah orientasinyer. kemudian akan disusuli dengan kelas. bulan depan baru dapat baju uniform bersama dengan kasut. tiap- tiap malam kami bercakap dengan adik lin, seronok dia kat sana. sebilik pun berdua je, agak luaslah bilik dia.
Rezeki dia murah, senang perjalanan hidupnya. dapat belajar, habis belajar tak perlu risau cari kerja, sebab dah ada tempat kerja untuk dia. tahniah untuk adik lin.
**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*
Inilah bakal nurse...
Misi Alin
***
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::