Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

23 October 2018

:: anak vs gadget vs kini ::

assalamualaikum... selamat petang
minta maaf sebab tak menepati janji, sepatutnya ini entry tentang kelahiran azim, tp aku rasa entry ini lagi penting, sebab aku dah muak, dah makin meluat pada ibu bapa yang acah- acah millenium, acah- acah teknologi sangat- sangat sekarang ni.

nampak macam marah kan...yes!!!

hari ni dari cerita malaysia hari ini, sampailah ke facebook semua cerita pasal bahayanya gadget, tab, hp pada kanak- kanak. tapi, aku tak pastilah mak ayah sekalian tengok atau baca tak pasal tu. menjadi semakin rasa meluat bila di kedai makan, dari mak, ayah, abang, kakak, sampilah ke anak yang bongsu, sorang 1 pegang hp, pegang tab. yang kecik dalam hampir setahun, duduk dalam seat baby tu, diletakkan hp depan dia, konon bagi tengok citer upin ipin, omar hana, didi and friends. itu kedai makan, tempat untuk makan, nak main hp, nak main tab, kat rumah la. bila diambil hp, budak kecik tu nangis, yang besar plak tak nak makan. jadi yang mak ayah ni bagi la semula. 

sangat berbeza masa semua tu tak ada. kedai makan riuh dengan suara orang berbual, budak- budak riuh, gaduh, cerita. rasanya keadaan tu lebih normal. maaf la sedikit emosional, sebab aku ni memang kolot bab hp ni. anak aku, akid ni aku tak bagi hp di luar dari rumah. ayah dia pun aku tak bagi main hp masa makan, di kedai makan, di taman permainan, di mall, senang kata ketika waktu bersama keluarga. itu peraturan yang aku buat. kalau rasa nak main hp, balik rumah, tak payah pergi mana- mana, anak- anak pun boleh main toys dia jer. 

segalanya ada time, jadual, ada had waktu. aku tak kata anak aku tak main hp, tipu la, memang ada main, dia pandai buka youtube. tapi, dia main hp dari kul 12tgh hr hingga pukul 2.30 ptg sahaja, setiap hari. waktu yang lain, tengok tv, hanya di rumah sendiri, sebab ada wi fi, balik kampung tak dapat main hp. malam, buat homework, main toys, sebab malam mama dia nak tengok tv. alhamdulillah, setakat ini, anak aku tak pernah nangis guling badan, jerit- jerit sebab aku tak bagi main hp. dia hanya main hp aku, bkn hp ayah dia. 

sebab bagi aku, untuk budak- budak bawah 12 tahun, tak ada yg bagusnya bagi hp ni, banyak buruknya dari baiknya. 

1. hilang rasa hormat.
bila mak ayah tak bagi, dia menangis, meraung, menjerit, tak kira kat mana. main sampai habis bateri, seolah itu hp dia. bila dah habis bateri, nangis lagi, sanggup tunggu tepi cas, makan tak nak. cakap mak ayah pun tak nak dengar.

2. malas
malas nak buat apa- apa. malas nak tolong mak ayah. mak ayah ni minta tolong, sampai tahap merayu, pun anak ni tak nak tolong. ada pernah aku tengok, mak dia suap makan, sebab anak dia tak nak makan, leka sangat main hp. 

3. leka
belajar pun semakin leka, nak cepat siap buat kerja sekolah, sebab nak main hp. 

4. kesihatan.
ini ikut pakar perubatan, doktor- doktor la bagitahu, rabun, perkembangan otak boleh terjejas, emosi jadi agresif. 

aku tak kata aku ni bagus, didikan aku ni bagus, cara aku ni bagus. cuma aku mendidik anak- anak aku sebagaimana aku dididik masa kecik, sebagaimana suami aku dididik masa kecik. kami ada 2 cara yang bebeza, yang mana mementingkan disiplin. banyak lagi cara nak ajar anak abc, mengira, mengaji selain dari guna hp. lebih baik guna cara lama, guna buku, guna jari, guna alam sekitar. memang betul, kena ikut peredaran zaman, kena ikut perkembangan teknologi. tapi, apa gunanya teknologi kalau anak kita terkorban, jadi hamba teknologi, sampai hilang waras, hilang adab sopan, hilang budi bicara.

bagi aku dan suami, belum masanya untuk bagi anak- anak kami hp, bagi tab sepenuhnya. ini waktu mereka membesar, waktu mereka meneroka hidup sebagaimana kanak- kanak yang sepatutnya. main di tanah, main pasir, main hujan, genggam batu, bukan hanya pegang hp dengan matlamat anak aku pandai.

p/s: entry ini bukan untuk menghina, menyalahkan sesiapa, hanya meluahkan pendapat, dan kebimbangan.

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::