Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

08 March 2012

:: Ujian HIV ::


:: Ujian HIV di Klinik Kesihatan Larkin ::

1 lagi syarat penting sebelum diluluskan untuk bernikah dan seterusnya melangsungkan perkahwinan = UJIAN HIV, dan boleh juga dikatakan syarat WAJIB. borang ujian HIV boleh didapati di pejabat agama bersama dengan borang- borang yang lain dan borang ini FREE aka PERCUMA. borang wa En Tunang ambilkan sebab borang wa yang lain akan diuruskan di Pahang. jangan la berangan nak tengok keputusan ujian tu sebab envelope tu dah digam oleh jururawat dan hanya pegawai agama yang akan melihatnya dulu.

:: Jadual ::

Ujian HIV hanya boleh dibuat di HOSPITAL atau KLINIK KERAJAAN. demi untuk memudahkan orang yang ingin membuat ujian ini, setiap klinik di setiap daerah, sudah menetapkan jadual ujian. kami berdua menjalani ujian pada hari jumaat kerana Klinik Kesihatan Larkin hanya menjalankan ujian pada hari jumaat. mesti rajin survey semua klinik yang berdekatan untuk mendapatkan jadual yang terkini dan tepat dan yang paling penting mesti pergi tanya sendiri di klinik seperti apa yang En Tunang saya buat. 

:: Perasaan ::

Wa memang takut kalau berkaitan dengan jarum , macam tak tahan sakit. macam- macam cerita wa dengar pasal nak ambil darah ni, ada yang kata ambil kat lengan la, ada yang kata ambil kat jari. dan keputusannya, ambil di hujung jari. yeay...x berapa nak sakit. yang penting mudah, cepat, dan yang paling penting tak sakit...


No giliran kami.
Mesti korang semua tak tahu apa yang best sangat dengan no giliran kami ni. 0018 ialah no En Tunang dan 0019 ialah no wa. sati kebetulan yang membahagiakan kami. 0018= 18/9= hari lahir En Tunang dan 0019= 19/2= hari lahir wa. 

:: p/s Saya Sayang Tunang Saya ::

02 March 2012

:: Kursus kahwin ::

:: 17 dan 18 January 2012 di Masjid Sultan Abu Bakar, 
Johor Bahru ::


Step pertama untuk mendirikan rumah tangga...kalau tak pergi kursus kahwin tak boleh nak selesaikan borang nikah. Setiap pasangan yang nak kahwin memang wajar pergi kursus kahwin ni, banyak pengetahuan baru yang akan didapati khusus untuk alam perkahwinan dan umum untuk kehidupan. rupa- rupanya bukan senang nak mulakan hidup baru, sebagai isteri atau suami, banyak ilmu nak kena ada. 


Semua peringkat umur ada menghadiri kursus kahwin tu, yang paling muda 16 tahun, yang paling tua dalam 50 atau 60 tahun. semua datang dengan niat yang sama, untuk mendirikan masjid, menyempurnakan sunnah nabi. 


Di sini, bayaran untuk kursus kahwin, Rm120 seorang, pakej dengan fail+buku+pen, sarapan dan makan tengah hari, minum petang untuk 2 hari kursus. sepanjang 2 hari kursus, wa boleh katakan yang wa selesa, dengan tempat kursus, dan penceramah yang best.


:: p/s maaflah yer gambar tak ada, maklumlah kami berdia ni tak berapa suka tangkap gambar, tu yang tak terpikir nk amik gambar buat kenangan. 

29 February 2012

:: Persiapan kami ::

50 % SIAP

Wa pun tak pasti ye ke dah 50% siap sebab memang banyak lagi yang tak siap. 

Checklist:
- Borang nikah (selesai)
- Pakej andaman (selesai)
- Pakej photographer (selesai)
- Baju nikah (dalam pembuatan)
- Kad kahwin  (dalam pembuatan)
- Hantaran ( belum mula )
- Goodie bag ( belum mula )

Banyak lagi rupanya yang wa tak siapkan lagi. Terus garu kepala. masih ada 2 bulan lagi, insya allah semuanya akan siap. memang agak kalut sikit sekarang ni, tapi semuanya akan cuba diselesaikan bila kad kahwin kami siap. bercakap tentang kad kahwin, kad pertama dah siap dicetak, tapi kami perlu pergi untuk buat penyemakan sebelum mereka boleh mencetak ksemuanya mengikut pesanan kami. 

:: p/s semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dikekalkan kesihatan yang sihat sepanjang dan sehingga majlis kami nanti... ::

05 February 2012

:: Merajuk ::

:: Merajuk dengan sayang saya ::

Biasalah bila bercinta ni mesti ada sesi merajuk- merajuk ni. tapi biasanya mesti merajuk manja je. sama la dengan kami berdua ni, merajuk manja- manja jer. 
2 minggu wa tak jumpa dia, maklumlah wa bercuti panjang di kampung, sambil menguruskan hal perkahwinan kami, rindu sangat- sangat, tu yang bila tak dapat jumpa terus nak merajuk. tapi, jap je boleh merajuk dengan sayang saya tu, sebab dia pandai pujuk, pandai cakap sampai saya boleh senyum semula bila dengan dia. sesungguhnya saya sayang sangat kat dia, hanya Tuhan je yang tahu. 

Bila dalam tempoh bertunang ni, tak boleh nak ikut hati sangat, tak boleh nak merajuk sangat tak tentu pasal. orang- orang tua selalu cakap, bertunang ni banyak dugaannya, jadi hati kena kuat.bila dah bertunang ni, wa mengaku apa yang orang- orang tua tu cakap betul sebab hal yang kecik pun boleh buatkan kami gaduh, boleh buatkan kami berselisih faham. yang penting sekarang ni, adalah hati yang kuat dan kepercayaan dalam mengekalkan hubungan yang baru nak terbina ni.

:: p/s saya sayang awak sangat- sangat. tak sabar nak mulakan hidup berdua dengan awak untuk seumur hidup saya ::

:: Kakak angkat ::

:: Jumpa kakak angkat jumpa dalam fb ::
 
 Dah lama wa cari dia, tapi tak jumpa. bila cari tak jumpa, terus jadi putus asa nak cari dah. tapi tak sangka kakak angkat wa aka kak ngah tetap cari wa. kami mungkin tak akan jumpa di luar, tapi cukuplah dapat jumpa di fb, sekurang- kurangnya wa dapat tahu perkembangan kehidupan dia, cuma hanya dia
 
Hubungan kami terputus kerana wa yang ingin putuskan, bagi wa lebih baik begitu, wa tak nak merumitkan keadaan. tapi tak sangka dia masih mencari wa. wa memang sayang dia, wa dah anggap dia macam kakak wa sendiri, macam- macam yang kami kongsi. mungkin, pas ni kami tak akan rapat macam dulu dah kot sebab itu lebih baik untuk masa sekarang hingga selamanya.
p/s : thanks kak ngah sebab masih ingat kat wa, wa sayang kak ngah tau.
 

30 December 2011

:: Hari besar kami ::

:: Bakal tiba ::

Masanya akan tiba tak lama lagi ops, ye je tak lama lagi. segalanya tidak disangka- sangka, lain daripada jangkaan kami, jauh dari perancangan kami. tapi, kami bersyukur, segalanya dipermudahkan oleh-Nya. kami tak sangka yang jodoh kami untuk bersama secepat ini. 

Kalau ditanya, bagaimana semua ini terjadi. jawapan wa, wa pun tak tahu, wa cuma ikut apa yang telah Allah aturkan. sekarang wa percaya yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, kita tak boleh persoalkan semua tu. sesungguhnya wa betul- betul bersyukur sekarang ni, sebab apa yang terjadi sekarang ini adalah perkara yang paling bermakna dan terbaik dalam hidup wa. wa pernah sesuatu, seseorang, tetapi Allah gantikan dengan perkara lain dan orang lain yang lebih elok, jauh lebih elok untuk seumur hidup wa. 

4 bulan tu singkat bagi kami, wa dan Mr Mine aka En Tunang untuk menguruskan semua berhubung dengan majlis perkahwinan kami nanti. tetapi kami percaya yang keluarga sentiasa ada disamping kami untuk membantu kami. buat masa sekarang, wa baru selesai menempah butik pengantin untuk uruskan majlis kami nanti. tak sangka wa ada wedding planner.

:: Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat ::

05 December 2011

:: Tangan syg sy ::

:: Biar gambar berbicara ::

Sekarang mood malas nak mengarang banyak- banyak + tak ada mood + rindu kat Mr Mine aka En. tunang. maklumlah En. Tunang sekarang brcuti panjang, dok umah jer, tak boleh drive kereta. 

Ini adalah update dari entry yang sebelum ni. disini ada gambar yang menunjukkan kecederaan yang dialami oleh En tunang wa.





:: syg, jangan lupa makan ubat tau, biar cepat sihat ::