:: Ujian HIV di Klinik Kesihatan Larkin ::
1 lagi syarat penting sebelum diluluskan untuk bernikah dan seterusnya melangsungkan perkahwinan = UJIAN HIV, dan boleh juga dikatakan syarat WAJIB. borang ujian HIV boleh didapati di pejabat agama bersama dengan borang- borang yang lain dan borang ini FREE aka PERCUMA. borang wa En Tunang ambilkan sebab borang wa yang lain akan diuruskan di Pahang. jangan la berangan nak tengok keputusan ujian tu sebab envelope tu dah digam oleh jururawat dan hanya pegawai agama yang akan melihatnya dulu.
Ujian HIV hanya boleh dibuat di HOSPITAL atau KLINIK KERAJAAN. demi untuk memudahkan orang yang ingin membuat ujian ini, setiap klinik di setiap daerah, sudah menetapkan jadual ujian. kami berdua menjalani ujian pada hari jumaat kerana Klinik Kesihatan Larkin hanya menjalankan ujian pada hari jumaat. mesti rajin survey semua klinik yang berdekatan untuk mendapatkan jadual yang terkini dan tepat dan yang paling penting mesti pergi tanya sendiri di klinik seperti apa yang En Tunang saya buat.
Wa memang takut kalau berkaitan dengan jarum , macam tak tahan sakit. macam- macam cerita wa dengar pasal nak ambil darah ni, ada yang kata ambil kat lengan la, ada yang kata ambil kat jari. dan keputusannya, ambil di hujung jari. yeay...x berapa nak sakit. yang penting mudah, cepat, dan yang paling penting tak sakit...
No giliran kami. |
Mesti korang semua tak tahu apa yang best sangat dengan no giliran kami ni. 0018 ialah no En Tunang dan 0019 ialah no wa. sati kebetulan yang membahagiakan kami. 0018= 18/9= hari lahir En Tunang dan 0019= 19/2= hari lahir wa.
:: p/s Saya Sayang Tunang Saya ::
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::