- Borang nikah (selesai)
- Pakej andaman (selesai)
- Pakej photographer (selesai)
- Baju nikah (dalam proses)
- Baju resepsi (selesai)
- Kad kahwin(selesai) Penghantaran kad bermula
- Kad kahwin
- Hantaran ( dalam proses )
- Goodie bag ( belum mula )
Ahad lepas tengok Propaganza kat Astro Prima, ada scene Awal melamar Scha, comel sangat.
Bila ditanya pada semua perempuan, mesti diorang aada angan- angan untuk cara bagaimana mereka harus dilamar, tentang caranya, dimana, apa yang perlu dicakap. ada yang nak dilamar didepan orang ramai, ada yang dilamar macam dalam cerita, ada yang dilamar dia atas kapal, dalam restauran dengan candle light dinner, macam- macamlah lagi. wa?.. tak pernah terpikir kot macamana nak dilamar, yang penting selamat menjadi isteri orang.
Lamaran berlaku bukan di depan wa dan bukan melibatkan wa. eh, macam pelik je ayat tu kan? ok, wa akan jelaskan.
En Tunang meluahkan untuk melamar wa menjadi isterinya di depan abah wa. abah wa tanya "Betul kamu nak dengan anak pak cik? anak pakcik tak kerja lagi ni." jawapan En Tunang, "Saya nak pak cik. kerja atau tak, itu bukan satu masalah pada saya." gentlemen kan jawapan dia, terus buat wa makin terpikat dengan dia. 2 kali abah wa tanya soalan yang sama, dan jawapan dia juga sama, tetap mahukan wa menjadi isterinya yang sah.
Bermula detik itulah hubungan kami menjadi semakin rapat dan perasaan sayang kami semakin menebal dan terus menerbitkan cinta. hubungan kami bermula dengan restu ibu bapa yang tidak berbelah bagi. dan lagi sebulan dari sekarang, wa akan menjadi isterinya yang sah untuk seumur hidup wa.
:: p/s awak, saya tak perlukan cara lamaran yang macam dalam cerita wayang tu, tapi saya bersyukur dan saya akan ingat sampai akhir hayat saya apa yang terjadi kerana itu adalah lamaran yang paling indah dalam hidup saya ::
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::