Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

28 March 2012

:: Setahun sudah ::

:: 28 Mac 2011 - 28 Mac 2012 ::

Setahun sudah, apa yang setahun sudah ni?
Sudah setahun wa dan En Tunang bercinta, dan itulah tarikh kami berjumpa buat kali pertama di rumah keluarga wa dan sebulan lagi, kami akan bersanding di rumah keluarga wa. dua perkara penting berlaku di tarikh 28 itu. 


Selepas setahun bercinta, sebulan lagi wa akan menjadi isteri dia yang sah. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa dan permintaan wa yang wa tak nak bercinta lama- lama, wa nak terus berkahwin, itu lebih baik. dan Allah telah temukan wa dengan orang yang wa rasa tepat untuk jaga wa hingga akhir nafas wa. boleh dikirakan yang kami akan bercinta selepas kawin, orang cakap lebih manis, Insya Allah kami akan merasainya bermula bulan depan.


:: p/s awak adalah yang tepat bagi saya. awak akan menjadi suami saya dan menjadi anak lelaki kepada abah saya. Terima kasih Allah ::


No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::