:: "Eh, pengantin ada ke?" ::
Ada orang yang dah panggil wa pengantin. macam pelik pula bila ada yang panggil macam tu, sebab wa tak rasa aura pengantin lagi. memang la tak rasa, sebab ada sebulan lagi sebelum sampai hari itu. bila ada yang panggil wa macam tu, perasaan wa terus berubah, jadi bercampur- campur, suka ada, segan ada, tak tahu nak cakap apa pun ada.
Kalau tengok di atas, macam lama je lagi, itu yang boleh buat rilek je lagi, macam tak ada apa- apa. padahal banyak lagi yang tak buat dan tak siap. tapi cuba kira dengan hari, tak sampai 40 hari lagi tau, baru rasa nak menggelabah, baru nak rasa serabut. tetapi macam biasa, buat rilek je, banyak masa lagi, semua boleh selesai seperti yang dirancangkan.
Sekarang bulan 3, bulan depan dah masuk bulan 4. kejap je rasanya masa berlalu. sekarang dah rasa takut dan pada masa yang sama ada rasa tak percaya. jodohku dah sampai, hidupku akan berubah status, berubah rutin harianku selepas ini. sebelum ini, aku hanya pikirkan makanku, pakaianku, perasaanku, maruahku. tetapi bermula hujung bulan hadapan, ada makan orang lain yang wa kena pikirkan, ada pakaian orang lain yang wa kena sediakan, ada perasaan orang lain yang wa kena hargai, dan ada maruah orang lain yang wa kena jaga untuk seumur hidup wa. bersedia atau tidak, wa kena bersedia dari segi fizikal dan mental, kena kuat dari segala segi kerana wa akan menjaga orang lain dan hidup bersamanya untuk seumur hidup wa, berkongsi segala- galanya.
:: p/s syg, sy akan berusaha untuk menjadi isteri yang awak boleh banggakan ::
wahh..congratsss 2x
ReplyDelete