Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

14 September 2012

:: L E G O L A N D ::

:: LEGOLAND MALAYSIA ::

Legoland Malaysia telah dibuka dengan rasminya 15 September 2012. tetapi saya dan suami telah berpeluang untuk menjejakkan kami ke sana dengan tiket percuma aka free, terima kasih kepada Hakimah kerana mengingati diriku ini...heheheh.... lepas ni tak tahulah sampai lagi ke tak ke sana sebab tiketnya mahal sangat, RM 110 dewasa. jadi, bila berpeluang masuk free ni, betul- betul round la dengan cinta hati aka suami tercinta.


Teruja sebab ramai sangat orang yang datang masa tu sebab hari itu adalah hari terakhir tiket free. ramai la parents yang cuti berkerja ubtuk bawa anak- anak datang. 


Ada model yang dipamerkan yang dibuat dari lego, jadi teruja sebab lego adalah permainan yang saya mainkan semasa kecil. tak sangka lego boleh menjadikan satu- satu model itu sungguh hebat. model yang dipamerkan adalah bangunan- bangunan bersejarah bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seluruh Malaysia. sesungguhnya orang yang menghasilkan semua ini adalah orang- orang yang sungguh berbakat dan penuh imaginasi.



:: p/s rasa macam budak- budak bila tengok model- model lego tu. ::

13 September 2012

:: Pelamin kami ::

Setiap pengantin mesti ada angan- angan nak bersanding, nak ada pelamin, supaya jadi satu kenangan terindah dalam hidup. semuanya bergantung pada niat dan cara ia dijalankan.

macam- macam jenis pelamin yang ada sekarang ni, ada yang mahal, ada yang murah, tapi tepuk dada tanya budget sebelum pilih. jangan ikut lawa, tapi terlebuh budget, itu dah dikira membazir.

Saya dan suami memilih untuk simple aka sederhana. tidak terlalu mahal, tapi tetap lawa seperti yang diangankan. tetapi kami berdua tetap mendengar pendapat keluarga, kerana bagi kami, ini bukan majlis kami sahaja, tetapi tetap hari bahagia yang mesti dikongsi bersama keluarga. 


Mungkin nampak simple sangat pada orang lain, tapi saya tetap suka. ini adalah seperti yang saya nak, sebab saya nakkan kerusi tinggi tu. malah ada yang komen, suruh saya tambah kain kat belakang sebab nampak kosong sangat katanya, tapi saya buat diam jer. 

Ini adalah pelamin 1 panel hasil perbincangan saya dan Sarimah butik andaman. senang berbincang dengan pemilik butik ini yang lebih mesra dipanggil Mak Imah, kerana Mak Imah tetap mendengar pendapat kita dan pada masa yang sama memberi pandangan berguna kepada bakal pengantin.

Tema Sarimah butik andaman adalah " Merealisasikan impian anda ", jadi memang tepatlah kerana mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan ia kenyataan. warna tema perkahwinan kami adalah merah gold, ini kerana saya dapati tidak pernah lagi ada mana- mana pengantin yang buat tema ni. jadi, saya memang sedia maklum yang saya akan susah untuk mendapat busana pengantin. tapi, mereka mampu menjadikan tema mustahil saya menjadi realiti. 

Yang penting, majlis kami dah selesai, dan semoga kami tetap hidup bahagia hingga ke akhir hayat. 

:: p/s majlis perkahwinan akan jadi lebih bermakna jika selesai majlis tak ada hutang ::

05 September 2012

:: Hilang ::

:: Hilang = Curi ::

Alhamdulillah, seminggu sudah kami berdua pindah rumah. saya semakin dapat menyesuaikan diri di rumah baru. ini adalah rumah suami yang dibelinya sebelum kami kahwin, sebelum kami kenal lagi. sepanjang kami kenal, sepanjang kami bertunang, suami saya tidak pernah memberitahu saya yang dia ada beli rumah, tapi saya hanya tahu dari keluarga dia sendiri. baginya, buat apa nak cerita kalau tak ada yang bertanya... rendah diri betul suami saya ni, bertuah badan... 

Rumah kami tidaklah besar, tapi cukup besar dihati saya, kerana kami ada rumah sendiri, tidak perlu menyewa. baru seminggu kami pindah, ada sesuatu yang telah terjadi.

:: Anda tahu apa yang saya maksudkan? ::

Inilah yang hilang tu. besi dihadapan rumah kami telah dicuri oleh yang tidak bertanggungjawab, macam dah tak benda lain yang boleh dicuri untuk dijual. 

3 rumah termasuk rumah saya telah mengalami kejadian ini. mengilut cerita jiran kami, pukul 11 dia balik, besi longkang ni masih ada, tetapi kul 1 kami balik, besi ini telah hilang. ini bermakna kejadian besi hilang ini berlaku pada pukul 12. mujur la kakak jiran bagitahu, kalau tak dah tentu saya jatuh dalam lubang sebab betul- betul berada di belakang saya masa saya buka kunci pagar. kebetulan masa kejadian lampu garaj saya tak on dan lampu jalan juga sudah rosak. sekarang, tiap- tiap malam lampu garaj akan on sehinggalah lampu jalan kembali ok, tapi tak tahulah bila nak on.

:: p/s lepas ni kami akan pastikan besi yang bakal dibuat akan dibuat sekukuh- kukuhnya, tak akan dapat dicabut lagi ::

28 August 2012

:: 4 bulan ::

:: 27/4/2012 - 27/8/2012 ::

4 bulan sudah, cepat betul masa berlalu. saya semakin dapat membiasakan diri dengan kehidupan baru, dengan rutin harian yang baru. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik, sedikit gaduh, sedikit merajuk, tetapi tidak akan berpanjangan, akan saling minta maaf. kalau gaduh lama- lama, merajuk lama- lama, akan tetap bersua muka, akan tetap bercakap. sebab selepas kahwin, suami isteri saling memerlukan, saling kait mengait, tidak akan lengkap kalau kurang seorang. lagipun tinggal 1 umah, tidur 1 katil, 1 bantal, 1 selimut, macamana nak merajuk lama- lama. 

Alhamdulillah, telah selesai urusan perpindahan rumah. Alhamdulillah, tercapai rancangan kami untuk pindah selepas raya. sibuk sampai tak sempat nak pikir warna baju raya sedondon.


:: p/s :: i love sayang... ::

:: Raya 2012 ::

:: Raya Pertamaku ::

Raya pertamaku sebagai isteri. tidak banyak yang berubah cuma semakin seronok apabila keluarga semakin bertambah, juga bertambah rumah untuk dilawati. tahun ni raya pertama, jadi kami pergi ke semua sedara mara untuk mengenalkan keluarga baru. seronok tapi sedikit kelam kabut untuk mengatur jadual perjalanan, maklumlah raya pertama berdua. 


Dah tiba hari raya baru perasan yang baju kami tak sedondon warnanya. kenangan raya pertama, baju pengantin baru tak sama di hari raya. eh, pengantin baru lagi ker...heheheh. tak pa, raya tahun seterusnya, akan dipastikan warna sedondon, akan plan seawalnya. lagipun sepanjang puasa, kami sibuk dengan urusan pindah rumah, tu yang tak sempat nak pikir baju raya sedondon. 

:: Keluarga kecilku ::

06 August 2012

:: Tabah ::

:: Harap semakin tabah ::

3 bulan melayari rumahtangga, 3 bulan ada suami, 3 bulan ada keluarga baru, 3 bulan cuba mengubah jadual hidup seharian, 3 bulan cuba menjadi lebih baik. 

Selama 3 bulan berkahwin, saya makin memahami jadual kerja cinta hati aka suami saya. suami saya menyandang jawatan kecil di sebuah kilang, jadi komitmennya pada kerja sedikit tinggi. tapi saya bersyukur kerana suami saya mempunyai kerja tetap yang akan menjamin kehidupan kami. waktu kerja suami saya tidak seperti orang lain, office hour tetapi shif hour. 2 minggu selepas cuti kahwin, suami saya dah kena masuk kerja malam, bermakna saya akan tidur bersendirian. memang menjadi cabaran kerana saya tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. tetapi semakin lama, saya semakin dapat membiasakan diri.

Berpuasa, bersahur bersama suami adalah perkara baru dalam hidup saya. sebelum ni, semua mak yang sediakan, order je nak makan apa. tapi sekarang, suami pula yang order nak makan apa untuk buka dan sahur. agak mencabar bila memikirkan menu apa yang nak dimasak, macamana nak masak, tapi itulah perkara paling menyeronokkan. memandangkan jadual kerja cinta hati aka suami saya shift hour, jadi adalah masanya bila dia kena masuk malam, dan bila itu terjadi, saya akan bersahur dan berbuka sendiri. mula- mula tu, rasa nak nangis gak la, tapi bila ada keluarga mentua, x da la rasa sangat. sesungguhnya itulah asam garam perkahwinan.

:: Tabah ::

Saya memuji ketabahan kawan- kawan saya yang duduk berjauhan dari suami aka pjj, mereka tabah mengharunginya, bukan sekejap, berbulan- bulan. sedangkan saya 3 hari sudah sedih. sesungguhnya saya perlu belajar mengenai ketabahan itu dari mereka.

Pn. AnisPn. NoraPn. Hakimah 


Kamu semua adalah superwoman yang berjaya. saya takut saya tak mampu jadi seperti kamu semua. 


p/s:: saya harap saya akan sentiasa tabah dalam menharungi kehidupan bersama cinta hati aka suami

04 August 2012

:: Minta maaf vs Memaafkan ::

:: Minta maaf ::

Setiap manusia tak akan lepas dari buat silap. bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana kata- kata ada hati terasa. itu sudah lumrah manusia yang ada kelemahan. lagipun mulut memang tak boleh nak kawal kadang- kadang bila bercakap.

Begitulah juga saya, insan biasa yang penuh dengan kelemahan, kelancangan, dan kadang- kadang saya sedar, ada hati yang terguris, kadang- kadang saya tak menjaga sensitiviti orang lain. agak susah untuk saya meminta maaf pada setiap orang yang pernah terguris hatinya kerana saya, cuma dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf seikhlasnya dia atas semua kesalahan saya. jujur saya katakan, saya ingin memulakan semula ikatan persahabatan yang telah saya putuskan tanpa saya sedari. sesungguhnya itu adalah sesuatu yang amat merugikan saya. 

Saya memikirkan, kadang- kadang saya tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat sebegitu. sekian lama berkawan, dari sekolah, memlukan persahabatan di universiti, tiba- tiba hanya kerana perkara yang kecil, perkara yang tak patut saya marahkan, saya telah memutuskan ikatan persahabatan yang sepatutnya kekal kukuh sehingga sekarang. 

Rasanya tidak perlulah saya nyatakan disini siapa, cuma saya harap dia atau mereka akan baca nukilan ini, kerana

SESUNGGUHNYA SAYA INGIN MEMINTA MAAF, IKHLAS DARI HATI. SAYA HARAP KITA AKAN KEMBALI BERKAWAN.

:: Memaafkan ::

Selagi ada perasaan marah di hati, memang susah untuk dapat ketenangan. marah adalah musuh hati, kita tak digalakkan untuk ada musuh. jadi, itulah yang saya akan buat sekarang ni, saya ingin hati saya tenang demi suami dan keluarga saya, demi kehidupan saya selepas ini. 

SESUNGGUHNYA SAYA MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN SESIAPA SAJA KEPADA SAYA, KERANA SAYA JUGA MANUSIA BIASA ADA MEMBUAT KESILAPAN. 

p/s: saya ingin menjadi isteri yang boleh dibanggakan suami, jadi saya kena berubah menjadi lebih baik, bermula dari hati