Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

28 August 2012

:: Raya 2012 ::

:: Raya Pertamaku ::

Raya pertamaku sebagai isteri. tidak banyak yang berubah cuma semakin seronok apabila keluarga semakin bertambah, juga bertambah rumah untuk dilawati. tahun ni raya pertama, jadi kami pergi ke semua sedara mara untuk mengenalkan keluarga baru. seronok tapi sedikit kelam kabut untuk mengatur jadual perjalanan, maklumlah raya pertama berdua. 


Dah tiba hari raya baru perasan yang baju kami tak sedondon warnanya. kenangan raya pertama, baju pengantin baru tak sama di hari raya. eh, pengantin baru lagi ker...heheheh. tak pa, raya tahun seterusnya, akan dipastikan warna sedondon, akan plan seawalnya. lagipun sepanjang puasa, kami sibuk dengan urusan pindah rumah, tu yang tak sempat nak pikir baju raya sedondon. 

:: Keluarga kecilku ::

06 August 2012

:: Tabah ::

:: Harap semakin tabah ::

3 bulan melayari rumahtangga, 3 bulan ada suami, 3 bulan ada keluarga baru, 3 bulan cuba mengubah jadual hidup seharian, 3 bulan cuba menjadi lebih baik. 

Selama 3 bulan berkahwin, saya makin memahami jadual kerja cinta hati aka suami saya. suami saya menyandang jawatan kecil di sebuah kilang, jadi komitmennya pada kerja sedikit tinggi. tapi saya bersyukur kerana suami saya mempunyai kerja tetap yang akan menjamin kehidupan kami. waktu kerja suami saya tidak seperti orang lain, office hour tetapi shif hour. 2 minggu selepas cuti kahwin, suami saya dah kena masuk kerja malam, bermakna saya akan tidur bersendirian. memang menjadi cabaran kerana saya tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. tetapi semakin lama, saya semakin dapat membiasakan diri.

Berpuasa, bersahur bersama suami adalah perkara baru dalam hidup saya. sebelum ni, semua mak yang sediakan, order je nak makan apa. tapi sekarang, suami pula yang order nak makan apa untuk buka dan sahur. agak mencabar bila memikirkan menu apa yang nak dimasak, macamana nak masak, tapi itulah perkara paling menyeronokkan. memandangkan jadual kerja cinta hati aka suami saya shift hour, jadi adalah masanya bila dia kena masuk malam, dan bila itu terjadi, saya akan bersahur dan berbuka sendiri. mula- mula tu, rasa nak nangis gak la, tapi bila ada keluarga mentua, x da la rasa sangat. sesungguhnya itulah asam garam perkahwinan.

:: Tabah ::

Saya memuji ketabahan kawan- kawan saya yang duduk berjauhan dari suami aka pjj, mereka tabah mengharunginya, bukan sekejap, berbulan- bulan. sedangkan saya 3 hari sudah sedih. sesungguhnya saya perlu belajar mengenai ketabahan itu dari mereka.

Pn. AnisPn. NoraPn. Hakimah 


Kamu semua adalah superwoman yang berjaya. saya takut saya tak mampu jadi seperti kamu semua. 


p/s:: saya harap saya akan sentiasa tabah dalam menharungi kehidupan bersama cinta hati aka suami

04 August 2012

:: Minta maaf vs Memaafkan ::

:: Minta maaf ::

Setiap manusia tak akan lepas dari buat silap. bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana kata- kata ada hati terasa. itu sudah lumrah manusia yang ada kelemahan. lagipun mulut memang tak boleh nak kawal kadang- kadang bila bercakap.

Begitulah juga saya, insan biasa yang penuh dengan kelemahan, kelancangan, dan kadang- kadang saya sedar, ada hati yang terguris, kadang- kadang saya tak menjaga sensitiviti orang lain. agak susah untuk saya meminta maaf pada setiap orang yang pernah terguris hatinya kerana saya, cuma dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf seikhlasnya dia atas semua kesalahan saya. jujur saya katakan, saya ingin memulakan semula ikatan persahabatan yang telah saya putuskan tanpa saya sedari. sesungguhnya itu adalah sesuatu yang amat merugikan saya. 

Saya memikirkan, kadang- kadang saya tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat sebegitu. sekian lama berkawan, dari sekolah, memlukan persahabatan di universiti, tiba- tiba hanya kerana perkara yang kecil, perkara yang tak patut saya marahkan, saya telah memutuskan ikatan persahabatan yang sepatutnya kekal kukuh sehingga sekarang. 

Rasanya tidak perlulah saya nyatakan disini siapa, cuma saya harap dia atau mereka akan baca nukilan ini, kerana

SESUNGGUHNYA SAYA INGIN MEMINTA MAAF, IKHLAS DARI HATI. SAYA HARAP KITA AKAN KEMBALI BERKAWAN.

:: Memaafkan ::

Selagi ada perasaan marah di hati, memang susah untuk dapat ketenangan. marah adalah musuh hati, kita tak digalakkan untuk ada musuh. jadi, itulah yang saya akan buat sekarang ni, saya ingin hati saya tenang demi suami dan keluarga saya, demi kehidupan saya selepas ini. 

SESUNGGUHNYA SAYA MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN SESIAPA SAJA KEPADA SAYA, KERANA SAYA JUGA MANUSIA BIASA ADA MEMBUAT KESILAPAN. 

p/s: saya ingin menjadi isteri yang boleh dibanggakan suami, jadi saya kena berubah menjadi lebih baik, bermula dari hati

27 July 2012

:: 3 bulan ::

:: 27 ::

Apa yang ada pada nombor 27 tu? ini adalah nombir yang sangat istimewa sangat bagi kami berdua, saya dan suami. ini adalah tarikh dimana kami menjadi satu. 

Hari ini, 27 Julai 2012, genap 3 bulan kami menjadi suami isteri. cepat masa berlalu, rasa macam baru je tengok suami bersalam dengan abah, diakad nikahkan oleh abah. Alhamdulillah, tahun ni bertambah seorang ahli keluarga saya beraya iaitu suami tercinta. harap- harap tahun depan bertambah seorang lagi. 



:: Honeymoon 2 ::

:: Sentiasa honeymoon ::

Honeymoon kedua kami jauh sikit, ke Pulau tioman. untuk bulan madu ini, kami merancang sebulan dari tarikhnya. kami merancang cuti yang suami perlu ambil, resort, dan yang paling penting budget. walaupun dekat, budget sentiasa penting, ini kerana kami perlu memikirkan kos untuk selepas honeymoon berlaku. 

Rasa teruja untuk ke Pulau Tioman membuatkan saya plan betul- betul dan membuatkan saya survey hari- hari resort yang sesuai untuk kami, sesuai dari segi budget dan tempat. dan yang paling manis, kami ke Pulau Tioman genap 2 bulan kami berkahwin, kira sambut month anniversary terus lah tu. 

Kami menginap di Sun Beach Resort, deluxe couple bed, sangat puas hati. facilities lengkap, membuatkan kami berdua puas hati. tempat makan lengkap, nak beli cenderahati pun ada. untuk ke Pulau Tioman, kami perlu menaiki bot ke sana, mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai, jauhnya bergantung kepada tempat yang anda akan menginap. kos bot Rm70 seorang pergi balik, bot yang sangat selesa. 

Ada banyak pakej yang disediakan, tetapi kami hanya memilih bilik tanpa pakej kerana kami tak mahu terikat dengan jadual pakej, maklumlah kami kan honeymoon, jadi nak buat aktiviti sendiri, nak habiskan masa berdua. tetapi ada kelebihan jika memilih pakej, termasuklah makan yang disediakn sepanjang menginap dan ada juga aktiviti seperti snorkeling. dan yang paling best, saya dapat mandi laut setelah lama teringin, puas hati bila dah dapat.

:: Mengabadikan nama kami di pantai. hasil seni suami saya ::
:: Dalam bot on the way ke Pulau Tioman ::
:: Setelah 3 hari 2 malam, masa untuk balik, menunggu  feri di jeti ::

:: Honeymoon 1 ::

:: Setiap hari adalah honeymoon ::

Mengikut kata- kata orang bijak pandai, pakar kaunseling, setiap hari setiap masa adalah honeymoon aka bulan madu. barulah rumahtangga aman damai, sentiasa bahagia. 

Sebelum majlis nikah, orang akan tanya, "Nanti bulan madu kat mana?". bakal pengantin pun malu- malu nak jawab, " Tak tahu lagi". 
Selepas selesai majlis nikah, sanding dan bertandang, orang tanya "Dah pergi bulan madu ke?", sambil senyum- senyum penuh makna. pengantin pun jawab dengan senyum gak.

:: Honeymon bermula ::

3 hari selepas selesai majlis bertandang di Johor Bahru, honeymoon aka bulan madu pun bermula. kami dah plan sebelum majlis lagi, memenuhi jadual sepanjang suami bercuti. maklumlah bukan senang nak dapat cuti lama macam tu. kalau ikutkan kami nak bulan madu selepas majlis di pahang, tapi keluarga kami masih berpegang pada adat orang- orang tua yang pengantin tak boleh jalan jauh sampai semua majlis selesai, maklumlah masih berdarah manis. tapi yang pasti kami memang senntiasa berdarah manis. heheheh.

Untuk bulan madu pertama kami, kami pergi tempat yang dekat- dekat je. saya teringin nak pergi ke Desaru, kebetulan rumah kami dekat dengan Desaru, jadi panjang la langkah kami berdua ke sana. oleh kerana tiada perancangan awal, kami main terjah je ke sana, jadi agak susah la masa tu nak cari chalet yang sesuai. nak dijadikan cerita, banyak pula chalet yang dalam proses pengubahsuaian. 

Berkat kesabaran dan mood honeymoon menggebu- gebu, akhirnya jumpa gak la chalet yag sesuai, di Pantai Tanjung Balau, lari dari target asal ke Desaru, tapi tetap berhampiran dengan Desaru. kebetulan masa kami sampai, resort tu ada diskaun, jadi langkah kanan la. tapi oleh kerana kami datang bukan weekdays, tak ada la ramai orang menginap di chalet tu. pantai tanjung balau amat sesuai untuk mereka yang minat memancing kerana terdapat banyak batu- batu yang sesuai untuk jadi tempat memancing, juga berdekatan dengan kawasan nelayan. yang paling saya suka, pantainya bersih, tidak tercemar. 

:: Sebelum bergerak balik ::

26 May 2012

:: Alhamdulillah ::

:: Sebulan sudah berlalu ::

Cepatnya masa berlalu, sudah sebulan saya menjadi isteri, dan menjalani hidup baru sebagai suami isteri. memang banyak dugaannya, tapi kena hadapi dengan tenang dan kuat, baru sebulan tak kan dah nak mengalahkan. 

:: Bahagia ::

Bahagia, terlalu bahagia. kehidupan semakin lengkap bila sudah sah menjadi suami isteri. banyak benda baru, pengalaman baru, memahami rutin hariannya suami, makanan kegemarannya, kelakuannya, segala- galanya tentang dia. dan dah tentu belajar untuk jadi lebih baik untuk suami dan keluarga. sekarang saya dah ada keluarga sendiri, jadi saya mesti jadi lebih baik untuk menjaga dan mengharmonikannya untuk seumur hidup saya. 



:: Terima kasih ::


Terima kasih untuk semua yang sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan kami. saya tahu ada banyak kekurangan yang berlaku sepanjang majlis, tapi itu semua di luar kawalan saya. cuma sekarang yang saya mampu pikir, kalau la boleh diundur masa kembali, mesti saya akan buat sebaik mungkin. ish...merepek je kan, yang penting semua dah selesai dan berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh saya, suami dan keluarga kami.


:: Next entry ::


Ada banyak lagi cerita yang akan menyusul mengenai majlis perkahwinan kami. cuma buat masa sekarang, hanya gambar ini yang dapat dimuatkan sebab yang lain masa dalam proses pembikinan oleh jurugambar kami di kedua- dua majlis. saya pun memang tak sabar sangat dah ni nak tengok hasilnya. 


p/s :: semoga masjid yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat