Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

18 July 2011

:: ... ::

Maxis tak ada line

Sakitnya hati....

:: Tomorrow + Esok = Suka ::

Tomorrow + Esok = Selasa
Apa yang best sangat dengan hari selasa tu

***

***

***


Hari yang penuh dengan cinta

Sebab...

***

***

***
Dating Day
***

***

***

Sebenarnya esok Mr. Mine datang segamat, dating + beli barang hantaran tunang kami berdua. hampir 2 bulan kami tak jumpa, jadi memang teruja la nak jumpa dia, biasalah bercinta jarak jauh, macam ni la, jarang boleh jumpa. 

***
Emosi aku sekarang ni...

***


***

17 July 2011

:: Langkah 1 ::


Persediaan pertama untuk majlis kecikku nanti yang telah aku buat...

Tempah baju bertunang

Lega rasanya bila dah beli kain, dan sterusnya hantar pada tukang jahit kegemaranku. rambang mata betullah masa nak beli hari tu. dah jumpa yang berkenaan, tapi harganya mak aih...standard mak datin + artis je tu, overbudget. pergi kedai lain dapat la yang seakan sama lebih cantik rasanya harga pun murah, berpatutan, dapat beli dengan harga pakej, berbaloi- baloi.


Inilah kain pilihan, pilihan bersama ahli keluarga. tak boleh pilih sendiri, nanti rambang mata, tau mana yang cantik dengan tak, mana yang sesuai atau tak. macamana fesyennya nanti, kena tunggu masa majlis kecikku nantilah, dan sudah semestinya akan diupdate nanti, untuk kenangan kami bersama dah tentulah aku dan Mr. Mineku.

***
Berdebar menantikan hasilnya nanti 

***

15 July 2011

:: Sedihnyer ::

Tersentak, tergamam, sedih, bila melihat berita semalam mengenai seorang pelajar didera oleh gurunya. 

kenapa mesti digunakan pendekatan macam tu dalam mendidik? 

memang dia melakukan kesalahan, merokok kemudian ditangkap, tapi tak perlulah sampai dipukul, dirantai, kejam sangat. apa yang cikgu tu pikir agaknya. hukuman macam tu memang ada, memang dipraktikkan kalau ada pelajar yang buat kesalahan. macam tak logik je hukuman macam tu kat sekolah. 

pelajar tu berjalan kaki masih berantai selama 2 jam untuk balik ke rumah.

betul- betul buat aku rasa sedih. sakitnya pelajar tu, berjalan kaki dengan penuh kepayahan dengan kaki yang masih berantai hanya untuk balik ke rumah. 

***
mood : geram mengenangkan sikap manusia yang tak pandai nak bersyukur. dah dapat kerja elok, kerja yang terjamin, tapi tak pandai nak hargai, tak pandai nak bersyukur. lebih baik bagi aku jawatan cikgu tu.

***

12 July 2011

:: hmmm ::


Inilah topiknyer untuk hari ini. sebenarnya aku tgh boring ni. sebab apa? sebab Mr. Mine aku la. eh, nape plak, dia ada buat salah ke? malas nak tulis, tengok je yer...

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***


Anda faham tak sebabnyer? tak berapa nak jelas? tak apa, saya akan bagi gambar yang lebih jelas untuk anda.

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

Dah faham? inilah aktiviti kegemaran Mr. Mine aku, bermain badminton. kira ada ranking gak la setakat dia main ni. dah banyak menyertai kejohanan, tapi tak da la besar sangat, yang biasa- biasa je. oleh kerana minatnye ini, aku dah buat plan nak bagi jersey untuk hantaran kahwin kami nanti, for sure dia suka. 

Sekarang, aku tengah tunggu msg dari dia, tapi entah bilalah dia nak habis main dan balik ke rumah.  
Menunggu dengan sabarnya. tak percaya? tengok ni...

***

***

***

***

***



Untuk Mr. Mine...
"Awak mainlah badminton tu, saya tak akan larang, sebab itu yang awak minat. saya tetap akan sokong awak, yang pasti tahun depan saya akan sentiasa ikut awak pergi main badminton. "

***

10 July 2011

:: Emosi leleh sikit ::

***
Tiba- tiba nak emosi leleh, sentimental plak malam- malam ni. sebelum tido, post entry baru dulu. tangan menaip, telinga tengah dengar lagu tangkap leleh, PELENGKAP HIDUPKU tajuknya. tadi dengar kat blog Lyssa Faizureen, (blog yang sangat comel, banyak toturial yang membuatkan aku dapat memperbaiki blog aku ni) pas tu ada plak kat citer tv3 tadi, terus cari lagu ni. 

Sesi emosi.
Dengar lagu ni, buatkan aku teringat pada Mr. Mine. makin rindu kat dia, jadi makin tak sabar nak jumpa dia. kami bercinta jarak jauh, hanya call dan msg je penghubung kami. nak kuar makan, tengok wayang, jauh la sangat dapatnya. tapi, ini buatkan aku kenal erti sabar, erti memahami. dia cakap, dia pent, kerja banyak, tapi aku tak nampak, entah betul entah tidak. tapi, jujurnya, sepenuh hati aku percaya, sebab...

 cinta tak akan berhasil tanpa ada kepercayaan dan kejujuran. 

Dengar lagu ni terus teringat janji dia pada aku...

# saya akan sayang awak sepenuh hati saya sepanjang hayat saya
# saya akan jaga awak melebihi saya jaga diri saya sendiri
# saya tak akan buat awak marah, terasa hati, kecik hati
# saya nak awak sentiasa senang hati, senyum, gembira sepanjang bersama saya

Dengar lagu ni teringat kata- kata dia pada aku...

# saya selalu sibuk, tak ada masa nak borak dengan awak
# sian awak, saya tak ada masa nak layan msg awak, mesti awak sunyi
# saya tak hensem, tak ada harta
# saya takut tak dapat nak bahagiakan awak

Setiap kali dia cakap macam tu, aku akan cakap...

# saya bersyukur dapat awak, sebab awak macam apa yang saya impikan, apa yang saya bayangkan
# mana ada saya sunyi, awak sentiasa msg saya, call saya. hari- hari call saya, ada masa mesti msg saya
# saya tak nak yang hensem di mata orang, tapi hensem di mata saya. saya tak nak yang banyak harta, tapi cukuplah yang dapat jaga saya, cukup makan pakai saya.
# saya tau saya akan bahagia dengan awak sebab awak dah membahagiakan saya sekarang ni. hubungan kita atas restu kuarga, restu semua orang, itu bukti kita akan bahagia sehingga hujung nyawa kita.

***
siapa Mr. Mine? belum masanya untuk reveal identitinya...hehehe


***

08 July 2011

:: Misi Alin ::

3 Julai, kitorang 1 family, telah pergi ke KL, untuk menghantar adik lin melanjutkan pelajarannya.


Inilah nama tempatnya. rasa teruja masa masuk UM tu. eh, macam aku plak yang study kat situ.hahahah.
tapi, yang pasti kitorang sume memang berbangga dengan adik lin, sebab dalam dia tak nak tu, akhirnya dia pergi gak. mungkin dia dah sedar yang banyak kelebihan dia akan dapat bila study kat sini. selepas 3 tahun, dia terus akan berkhidmat di sini sebagai nurse, part yang paling best, dia tak dapt ptptn tapi ada elaun rm650 tiap- tiap bulan. ini bermakna dia tak menanggung hutang seperti aku dan angah. tahniah untuk adik lin.

Sekarang ni, adik lin masih dalam minggu orientasi. tapi, macam tak berapa penat sebab tak kena berlari, dok dalam bilik berair cond je. hr jumaat, berakhir lah orientasinyer. kemudian akan disusuli dengan kelas. bulan depan baru dapat baju uniform bersama dengan kasut. tiap- tiap malam kami bercakap dengan adik lin, seronok dia kat sana. sebilik pun berdua je, agak luaslah bilik dia. 

Rezeki dia murah, senang perjalanan hidupnya. dapat belajar, habis belajar tak perlu risau cari kerja, sebab dah ada tempat kerja untuk dia. tahniah untuk adik lin. 


**********

*********

********

*******

******

*****

****

***

**

*


Inilah bakal nurse...

Misi Alin

***