:: Mata cantik ::
Suka betul wa bila tengok mata orang lain, cantik. tapi mata wa dah macam pakai celak, warna lebih gelap dari warna kulit muka (hitam ala tak hitam la). banyak respon yang wa dpat, ada yang cakap, wa tak cukup tido, ada yang cakap terlebih tido, ada yang cakap eye linear tak cuci bersih sebab tu ada kesan eye linear yang melekat. entahlah, tak tahu nak percaya mana satu.
Jadi, wa pun survey la, cari dalam google, maklumat- maklumat uang rasa macam sahih dan logik. ini yang wa dapat :
1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.
Eh, x da pun faktor tak cukup tido dalam senarai di atas.
Ini adalah satu faktor yang cukup- cukup menarik, semua orang mesti tahu,
kalau korang ni semua jenis yang suka minum air waktu malam 1-2 jam before tido, maknanye korang dengan SEGALA HORMATNYE MENJEMPUT gelembung bawah mata tu. YERR... air manusia dia simpan kat situ
# menarik kan #
Sekarang ni kita tengok pula cara- cara untuk memulihkan. tak boleh harap terus elok, tapi mesti ada ketekunan, dan kesabaran, dan berterusan untuk dapatkan hasil yang diharap- harapkan. sekarang ni, wa sedang berusaha untuk itu, ada sebulan 2 minggu lagi, harap- harap berjaya.
Wa tak pernah dengar petua ni, tapi petua ini memang mudah, sebab bahan yang digunakan mudah dicari, setiap rumah mesti ada.
Mata yang cantik bukan sahaja bergantung pada mekap semata-mata tetapi ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk menghalang daripada masalah seperti lingkaran gelap (Dark circle), dan juga kedutan pada mata kita..Terdapat banyak petua untuk penjagaan mata, emak pernah ajar caranyer tapi sekali jer buat masa kecik2 dulu iaitu menggunakan bunga ros dan timun diblend dan diusap pada mata kita ini dapat menyegarkan mata kita selain itu dapat menghalang masalah Dark Circle.
sumber dari : alamak lupa nak copy address dia, tak, apa wa akan cuba cari nanti, wa akn cuba untuk update kemudian.
Petua dah ada, mudah pun mudah, jadi sekarang ni, tinggal diri sendiri je rajin ke tak nak nak buat. yang pasti wa akan cuba rajinkan diri untuk buat.
:: p/s Rindu En Tunang saya ::