Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

13 September 2011

:: Haaaaaaaaa!!!!!!! ::

:: Top up pun kena cukai????????? ::

Macam tak percaya je, top up pun nak kenakan cukai. untuk golongan pertengahan dan bawahan memang terasa la bebannya. macam- macam reaksi kita boleh dengar, ada yang bantah, ada yang tak kisah. kenapa ada yang tak kisah? bagi yang tak kisah ni, apa la sangat 60 sen tu, buat apa nak berkira sangat. tapi, bagi wa "memang aku berkira." 

Top up ni dah jadi satu barang wajib, barang harian, barang yang kita mesti cari. kalau tak top up macamana nak buat call, terutama bila emergency. lagipun 1 Malaysia pakai hp, semua orang pakai top up, tak ramai yang pakai line, dah tentu diorang untung, kenapa mesti nak kenakan cukai plak. tak ke rasa pelik. 

Semalam bila kerajaan umumkan untuk tangguhkan cukai tu, wa memang lega, betul- betul lega. rasanya semua orang rasa yang sama macam wa rasa. cuma diharapkan semua syarikat telekomunikasi yang ada niat nak kenakan cukai tu, akan pikirkan semula cadangan tu dengan sebaik- baiknya dan sedalam- dalamnya demi kepentingan dan kebaikan semua pihak.

***
:: 5 hari lagi...Biar betul ni ::

Macam tak sangka, 5 hari lagi majlis kecik wa akan berlangsung. rasa semakin gementar sekarang ni. persiapan dah semakin siap, cuma tinggal sedikit barang yang perlu digubah lagi. akhirnya tercapai juga impian wa untuk gubah sendiri barang hantaran wa. memnag boleh letak barang kat kedai, biar diorang yang susun dan gubah barang tu, tapi wa tak nak macam tu. wa nak ada sentuhan wa sendiri untuk hantaran wa ni. bila tengok barang yang dah siap, puas hati dan rasa cantik sangat apa yang wa dah buat. 

Wa harap ahad ni semua akan berjalan dengan lancar, dan wa menjadi tunang kepada Mr Mine tersayang 

***

03 September 2011

:: Langkah 4 ::

:: Mekap ::

Wa dah selesai menempah mak andam untuk memekapkan wa pada majlis kecik wa nanti. lega rasanya bila dah siap tempah. 

Wa tak tempah jauh pun, dekat je dengan rumah wa dan semestinya murah,
under budget.

Mekap = Rm50
Aksesori = Rm25
Bantal = Rm10
...Murahkan...

***

01 September 2011

:: Langkah 3 ::

:: Bunga Rampai ::

Setiap hantaran pertunangan atau hantaran perkahwinan mesti ada bunga rampai, kira salah satu barang wajiblah selain daripada sirih junjung, kek, dan buah. begitu juga untuk hantaran pertunangan wa nanti, mesti ada bunga rampai dan bilangannya mestilah ganjil, dan kebiasaannya ada 5 bekas untuk bunga rampai. 

Mula- mula ingta nak beli terus masa beli tempat hantaran hari tu. tapi, bila melihat harganya, rasa macam tak berbaloi la plak nak beli. mahal tapi plastik, macam tak berbaloi dengan harganya jer. balik rumah, wa terjumpa satu cawan comel dalam almari kaca mak. memang comel dan sesuai untuk jadi tempat bunga rampai. jadi bermulalah misi mencari cawan comel tu.


Dan akhirnya....



Inilah cawan comel yang dimaksudkan tu. lain dari yang ada dalam almari mak wa. wa cari yang bulat tapi wa jumpa yang petak, dah nyata susah nak jumpa, jadi wa beli je la. harganya pun murah, 1 cawan rm1. tambah reben, jadilah cantik macam ni, lebih berbaloi dari yang kedai tu. memang puas hati. lebih puas hati lagi, ini adalah hasil kerja tangan wa yang pertama untuk hantaran kami nanti. 

***
Mahal tak semestinya cantik. barang yang murah boleh nampak mahal, kalau kena dengan caranya. 

***

26 August 2011

:: Hendak ::

:: Hendak buat, tapi macam tak jadi jer ::

Pernah tak korang nak buat sesuatu, tapi asyik tak jadi jer, asyik tertangguh jer. lastnyer, terus tak buat. Mesti ada kn? sama la dengan wa, wa selalu pikir nak menulis, nak buat 1 novel, tapi asyik tak jadi, asyik tertangguh jer. wa ingat lagi, masa wa tingkatan 2, wa ada buat 1 cerita. sampai 2 buku tulis sekolah habis untuk tulis cerita tu, tapi bila wa kemas barang nak pindah sekolah, buku tu dah hilang. wa tak tahu siapa yang pinjam tak pulang balik. masa tu ramai yang pinjam buku cerita wa tu untuk baca, ramai yang minat nak baca. diorang cakap menarik, sentiasa tunggu sambungan, nak tahu kesudahan cerita tu. tapi yang sedihnya, wa tak dapat nak habiskan cerita tu, cerita tu tergantung macam tu. sampai sekarang wa tak ingat pun apa jalan ceritanya. cuma yang wa ingat, ia mengisahkan tentang seorang adik yang ingin membalas dendam atas kematian kakak kembarnya. semua orang tak tahu yang simati tu ada kembar, termasuklah bfnya. itu je yang wa ingat. wa cuba jugalah nak buat cerita seakan macam tu, tapi tak dapat cari jalan cerita yang menarik. betullah cakap orang, idea yang menarik hanya datang sekali jer, jadi kenalah hargainya sebelum terlambat, macam wa ni dah terlambat dah pun.

***

23 August 2011

:: Anak ::

:: Anak anugerah dari Allah ::

Tersentak, sedih, sayu bila tengok berita tadi, 2 kisah tentang anak yang dizalimi

Kisah 1
3 anak mati dibunuh, ditolak ke dalam kolam ikan. hanya kerana bertengakar dengan isteri dan mabuk, menolak dan menyebabkan mereka lemas lalu mati.

Kisah 2 
Anak 5 tahun hampir dikelar dengan parang. sebab yang sama, bertengkar dengan isteri, lalu sanggup hendak kelar anak sendiri. polis yang lalu di tempat kejadian menyelamatkan kanak- kanak itu.

Sebab yang sama, bertengkar, bergaduh, anak yang jadi mangsa. begitu mudah jalan penyelesaian mereka, ceteknya pemikiran. wa terpikir, tak sayang anak ke sampai sanggup buat macam tu. tapi, ye lah, kita tak tahu apa yang mereka pikirkan. Anak tu suci, dia tak tahu apa- apa pun, tapi kenapa nak menyelesaikan masalah dengan cara macam tu, kalau pun memang geram, janganlah sampai buat macam tu pada anak sendiri. orang yang senang dapat anak, senang juga nak sia- siakan. cuba la pandang pada orang yang susah sangat nak dapat anak, yang tunggu masa yang lama untuk dapatkan zuriat sendiri. 

Sebut pasal anak, wa teringat plak pada kisah buang anak yang tak pernah habis. kerajaan dah kuatkuasakan hukuman yang berat, yang boleh dikatakan setimpal, tapi tetap ada kes buang bayi lagi. nampaknya mereka ni tak serik- serik lagi. daripada buang tu, baiklah bagi pada orang yang betul- betul hendakkan anak, dah tentu masa depan anak tu akan terjamin. tapi, oleh kerana ceteknya pemikiran, kurangnya pegangan agama, hanya terpikir jalan yang singkat, maka dibuang bayi tu. sedih bila teringat ada bayi yang mati, dimakan biawak, dimakan anjing. Ya Allah, tak sampai hati nak tengok, tak nak ingat lagi, sedih sangat.

***
Mr. Mine... Bila kita diberi rezeki anak oleh Allah, saya janji pada awak, saya akan sayang, kasihkan anak kita melebihi diri saya sendiri, saya akan bagi sepenuh kasih sayang saya, saya akan jaga, didik anak kita supaya menjadi insan yang berguna, taat pada Allah, taat pada ibu bapanya, dan berbuat baik pada sesama manusia. Semoga anak kita nanti menjadi kebanggaan keluarga dan semua orang

***

22 August 2011

:: Jemput ::

:: Sesi jemput menjemput ::

Tak sampai sebulan lagi majlis kecik wa dan Mr Mine akan berlangsung. dah rasa sikit- sikit nervousnyer. wa tak tahulah sesuai atau tak wa nak buat sesi jemput menjemput sekarang ni. tapi memandangkan majlis kecik wa tu lepas raya, pas tu memandangkan banyak lagi urusan wa yang perlu wa selesaikan pas ni (raya, interview, setel ujrah ), wa rasa wa akan buat sesi jemput menjemput tu sekarang. wa tak nak ada yang tertinggal untuk dijemput. 

***
Harap- harap ramailah yang dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis kami berdua nanti. 

***

19 August 2011

:: Hari ::

:: Menghitung Hari ::

Sudah mula untuk menghitung hari... hari untuk menjelangnya majlis kecik wa tu.

Perasaan = gementar + tak sabar + takut.

Gementar untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup, selangkah untuk menjadi wanita yang sempurna.

Tak sabar untuk ada hubungan yang lebih terjamin bersama Mr Mine. hubungan yang direstui semua orang, dan semoga mendapat doa yang baik- baik dari semua.

Takut jika tidak dapat mengatasi dugaan yang bakal mendatang. orang- orang tua selalu berkata, dugaan bertunang ni banyak, hati kena kuat untuk mengatasinya. mesti ada saling percaya dan mempercayai, kalau tak hubungan tu tak akan ada penghujung yang sepatutnya dan yang diharapkan oleh semua orang.

***
Berkenalan + Bercinta + Bertunang + Berkahwin = Hidup bahagia

Wa mengharapkan ini yang terjadi di dalam hidup wa, mengharapkan yang wa akan hidup bahagia bersama Mr Mine. yang penting usaha...usaha tangga kejayaan.

***