Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

31 July 2011

:: Puasa ::

Esok semua umat Islam akan mula berpuasa. kita tgk pengumuman malan ni yer. puasa menandakan dah setahun wa tak bekerja. sedihnya, entah bila wa nak dpat kerja. kadang- kadang ada rasa putus asa, malas dah nak cari kerja, tapi wa bukan hidup hanya untuk diri wa sendiri, wa hidup untuk keluarga wa juga, wa masih ada keluarga. harapan diorang tinggi nak tengok wa ada kerja sendiri, ada kereta sendiri, tapi Allah masih nak menguji wa, tak apalah wa terima, dan wa tetap berusaha untuk mencari kerja. wa mesti banggakan mak abah wa. 

Puasa tahun ini adalah puasa yang membahagiakan wa. tak tahulah samada akan jadi puasa yang terakhir sebagai bujang single mingle atau tak. berpuasa sebagai kekasih kepada Mr. Mine. walaupun kami tak akan dapat untuk berbuka puasa bersama, tapi wa tak kisah pun sebab wa tahu yang wa sentiasa diingatannya, sentiasa dihatinya. huhuhu, jiwang karatnya. maklumlah kami ni kan bercinta jarak jauh, long distance love. cuma sedikit kesabaran dan kepercayaan, kami akan dapat berpuasa, berbuka dan beraya bersama selepas ini.

Untuk Mr Mine...
Saya akan sabar untuk menantikan saat itu. saya sayang awak, awk kena sentiasa ingat tu yer...

*** 

22 July 2011

:: Bermulanya cerita kami ::

Jangan benci nanti jadi sayang

Jangan benci sangat, nanti jadi sayang sangat

***
Pernag dengar tak dialog di atas? mesti pernah kan. sama la dengan wa, wa selalu dengar orang cakap. tapi wa tak pernak nak percaya pun, sebab bagi wa sayang ni hati je yang tahu. tapi sekarang, wa kena mengaku, ada betul apa yang orang cakap tu. kerana dari benci la datangnya sayang tu.

Wa dan Mr Mine berkenalan melalui call dan sms. mula- mula tu memang la wa layan, borak, sms. tapi lama- lama wa rasa Mr Mine ni macam tak best, ada masanya rasa macam bosan je cakap dengan dia. mungkin masa tu hati wa tak berapa nak kenal dia, cuma layan sebab nak mengisi masa lapang je. tapi, Mr Mine ni jenis yang tak putus asa, tak tau malu pun ye gak,heheh, jangan marah yer dia tetap call wa, tetap sms wa. wa ikut mood, kalu mood wa baik, wa balas, wa jawab, kalu mood wa tak baik, wa biar je. bila wa tak balas sms dia, dia top upkan wa. bila wa tanya nape top upkan, dia jawab "awak x da top up, sebab tu awak x balas msg saya, jadi saya top upkan la". wa memang jahat dengan dia, sebab wa bukan msg dia pun, wa guna untuk msg dan call orang lain. tiap - tiap minggu dia top upkan wa, tak tau banyak mana habis duit dia top upkan wa, tapi dia tak pernah mengungkit, sebab katanya dia ikhlas, tak mintak balasan

Selama 6 bulan wa diam, langsung tak msg dia, tak angkat call dia, wa tipu dia. sebab wa memang tak suka dia. tapi sepanjang 6 bulan tu, dia tak pernah berenti msg wa, call wa. wa tak simpan no dia langsung, betapa teruknya layanan wa pd Mr Mine. tapi, semua tu berubah bila hati wa tiba- tiba rasa nak tengok sejauh mana kesungguhan dia. 

wa : "macam ni la, kalu betul- betul nak kawan, dtg uamh saya, kita jumpa depan maka ayah saya, tak payah nak msg2 dah". 
Mm : "ok. alamat awak"
Wa : "(alamat)"

Keesokan harinya.....
Mm : "saya dah amik cuti minggu depan, 2 hari. saya akan datang umah awak"
Wa : "kalu awak tak tau jalan ke umah saya, jangan tanya saya, saya tak akan bgtahu apa- apa. cari sendiri"
Mm : "ok"

Hari kejadian...
Masa tu wa ada kat sekolah, jadi cikgu ganti, 
Mm : "saya dah sampai umah awak"

Mr Mine dah sampai uamh, tanpa tanya wa apa- apa. alangkah terkejutnya wa. wa tak sangka dia betul- betul datang. dia jumpa mak ayah wa dulu masa tu. wa betul- betul malu, tak sangka. masa tu lah wa dapat rasa yang dia betul- betul serius nak kawan dengan wa.

2 minggu kemudian, Mr Mine datang lagi sekali, minta izin dari mak ayah wa untuk bawa wa ke rumah dia kenal dengan keluarga dia. 

Sebulan kemudian, keluarga Mr Mine datang merisik, dan tetapkan tarikh pertunangan kami, sebulan lagi, kami bertunang. kalu dilihat, perjalanan cinta kami terlalu mudah, tidak memerlukan masa yang lama untuk bertunang dan berkahwin. hubungan kami mendapat restu dari kedua keluarga. 

Wa tak pernah rasa bahagia macam ni selepas berjumpa Mr Mine. susah nak gambarkan dengan kata- kata. tapi yang pasti, wa sayang Mr Mine sepenuh hati wa sehingga akhir hayat wa. 

***

20 July 2011

:: Biar je lah ::

Mood = sedih

***
Pagi- pagi dah wat wa rasa sedih. Betullah orang cakap susah nak puaskan hati semua orang. tak semestinya apa yang kita suka, orang lain akan suka. tapi salah ke apa yang wa dah beli tu, buruk sangat ke pilihan wa. wa beli apa yang suka, sebab nanti wa yang akan pakai. malas nak cakap apa- apa, biarkan je la. Tapi memang buat wa rasa sedih sangat. 


***
Apa yang wa buat sekarang ni...
sabar, sabar, sabar dan sabar. mungkin ada hikmah disebaliknya. lagipun wa boleh sabar lagi, hal kecik je, tak perlu nak rasa marah sangat, boleh diselesaikan.


Jd


SENYUM

19 July 2011

:: Mr. Mine, sy syg awk tau ::

Sebelum kita ke cerita yang sebenar, kita mulakan dengan ini dulu. mulai sekarang, aku akan gunakan nama wa, tak nak la guna aku dah, macam kasar sangat je. 

***
Tu dia tajuk entry, betul c-weet la...hahahah...
mmg wa sayang Mr. Mine sangat- sangat. tak perasan pun yang rasa sayang ni makin lama makin menebal, makin lama makin banyak pada dia. susah wa nak jelaskan rasa sayang yang macamana, cuma wa boleh cakap, wa sayang dia sampai akhir nyawa wa. 
Hari ni, wa jumpa Mr. Mine, dating + shopping beli barang sebenarnya. rasa seronok sangat, rasa macam tak nak je lepas dia balik, rasa nak sentiasa dia ada depan mata wa, tapi dia bukan hak milik wa lagi. jadi, kenalah sabar sikit lagi...heheheh

Kami = wa + Mr. Mine
Kami, setelah penat memusing segamat bershopping. masa on the way nak gi minum cendol. Mr Mine teringin nak minum cendol, dia jd teringin sebab selalu citer kat dia tempt wa sekeluarga selalu minum cendol yang sedap. 


Mm : nape awak tangkap gambar macam tu?
Wa :  nape?
Mm : tak nampak muka saya, nampak kepala saya je.
Wa : memang nak macam tu pun, nak masukkan dalam blog. heheheh
Mm : nape macam tu?
Wa : saja, tak nak orang tahu lagi rupa awak, biar rahsia. lagipun blum masa nak reveal   
       awak.

Jadi, anda dah pahamkan nape gambar ni je yang ada. bukan nak menyombong atau nak mengada- ngada, cuma belajar dari kesilapan. tak nak terlalu expose bf, bila dah sampai masa, barulah semua orang akan tahu macamana rupa Mr Mine wa tu. lagipun, Mr. Mine tak suka kalau orang tau sangat pasal dia, belum sampai masa katanya. tapi, wa akan tetap buat macam tu walaupun dia tak mintak. 

***
Mood = happy sangat, bahagia.

***

18 July 2011

:: ... ::

Maxis tak ada line

Sakitnya hati....

:: Tomorrow + Esok = Suka ::

Tomorrow + Esok = Selasa
Apa yang best sangat dengan hari selasa tu

***

***

***


Hari yang penuh dengan cinta

Sebab...

***

***

***
Dating Day
***

***

***

Sebenarnya esok Mr. Mine datang segamat, dating + beli barang hantaran tunang kami berdua. hampir 2 bulan kami tak jumpa, jadi memang teruja la nak jumpa dia, biasalah bercinta jarak jauh, macam ni la, jarang boleh jumpa. 

***
Emosi aku sekarang ni...

***


***

17 July 2011

:: Langkah 1 ::


Persediaan pertama untuk majlis kecikku nanti yang telah aku buat...

Tempah baju bertunang

Lega rasanya bila dah beli kain, dan sterusnya hantar pada tukang jahit kegemaranku. rambang mata betullah masa nak beli hari tu. dah jumpa yang berkenaan, tapi harganya mak aih...standard mak datin + artis je tu, overbudget. pergi kedai lain dapat la yang seakan sama lebih cantik rasanya harga pun murah, berpatutan, dapat beli dengan harga pakej, berbaloi- baloi.


Inilah kain pilihan, pilihan bersama ahli keluarga. tak boleh pilih sendiri, nanti rambang mata, tau mana yang cantik dengan tak, mana yang sesuai atau tak. macamana fesyennya nanti, kena tunggu masa majlis kecikku nantilah, dan sudah semestinya akan diupdate nanti, untuk kenangan kami bersama dah tentulah aku dan Mr. Mineku.

***
Berdebar menantikan hasilnya nanti 

***