Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

23 September 2013

:: Persediaanku ::

Masanya semakin hampir, kandunganku sudah 36 minggu. sekejapnya masa berlalu, dah nak sampai masa aku dan suami berjumpa dengan cinta hati kami berdua. sekarang ni, keadaanku kembali menjadi seperti diawal kandungan, dimana aku tak suka minum air masak, jadi sekarang ni aku hanya minum air manis sahaja. 

Alhamdulillah, aku semakin sihat dalam meniti hari nak bersalin ni. luka pembedahan pun dah semakin baik, almaklumlah hari- hari telan jelly gamat, sebab nak bersalin normal punya pasal dan nakkan luka pembedahan di bahagian dalam elok. 


Persediaan menyambut cinta hati kami dah semakin siap. cuma tinggal tilam, barut, dan bedung sahaja yang belum diambil. oleh kerana ini adalah anak pertama kami, jadi persediaannya agak ekstrem dan semuanya aku nakkan yang terbaik. aku minta mak mertua aku buatkan set tilam dan bantal kekabu kerana nakkan anak kami selesa nanti. manakala barut dan bedung pula, mak aku buatkan, sebab aku nak yang macam dulu- dulu, warna putih. 



Ada beberapa pendapat yang aku dapatkan untuk menyediakan kelengkapan bayi, persediaan ke hospital. oleh kerana kami telah membeli satu beg khas untuk bayi kami, jadi inilah 2 beg yang akan dibawa nanti, satu beg kelengkapan bayi, dan satu lagi adalah kelengkapan aku. bagi aku cara ini lebih bagus kerana lebih mudah untuk mencari barang dan menyimpannya berbanding hanya satu beg. kotak itu pula adalah untuk mengisi semua kelengkapan lainnya. memandangkan aku akan berpantang di pahang, jadi lebih mudah untuk membawa satu kotak dan beg bayi sahaja nanti. 

p/s 19 hari lagi, semoga semuanya berjalan lancar. Amin............

30 August 2013

:: Alhamdulillah...aku diuji lagi ::

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
Dugaan, ujian datang dan pergi, itu tanda Allah masih sayangkan kita. 

Perutku terlalu sakit, semua serba tak kena, baring tak boleh, duduk tak boleh, sehingga mengalirkan air mata menahan kesakitan. risau jika dh sampai masa aku melahirkan kerana kandungan baru 7 bulan. tiba dihospital, belum ada bukaan, dan aku dibenarkan balik kerana sakit telah berkurangan. menjelang tengah malam, aku sakit kembali. setelah menahan sakit selama 3 jam, aku pergi ke hospital bersama suami. aku didiagnos appendik dan perlu dibedah segera, aku menyambut dengan senyuman dan redha.

7.8.2013 - aku dimasukkan ke dalam wad, persediaan untuk pembedahan yang akan dilakukan pada bila- bila masa kerana kandungan 7 bulan dan tidak mahu ada apa- apa kesan buruk pada bayiku. alhamdulillah suami tetap disisi menemaniku. tepat jam 1.30 tgh hari, aku dibawa ke bilik pembedahan, diiringi suami tercinta. 

Aku dikejutkan, rupanya pembedahan telah selesai dijalankan, entah berapa lama, aku tak tau, yang pasti perut aku dah tak sakit lagi, alhamdulillah. aku dibawa ke wad HDU, wad icu di wad bersalin, untuk pemerhatian sepenuhnya selepas pembedahan. aku melihat kedatangan suami, keluarga aku dari pahang, alhamdulillah, memang itu wajah- wajah yang aku nak lihat selepas aku selesai pembedahan. kesian abah, risau dia, senyum terpaksa tengok keadaan aku, aku cakap kat abah, "sikit je ni, along dah ok, dah tak sakit lagi". aku tak lepaskan tangan abah, tangan mak, aku dapat kekuatan. ciuman suami di dahi menambah kekuatan aku untuk cepat sihat. ubat bius masih ada, aku cepat terlelap selepas mereka semua balik, tak sesiapa dibenarkan menjagaku malam tu sebab aku berada di wad HDU. setiap jam nurse datang melihat keadaan aku malam tu, aku tidur sepanjang malam.

8.8.2013 - Aku terjaga pagi, terdengar takbir raya di radio yang dipasang oleh nurse, dah raya rupanya. "raya kat hospital aku tahun ni", senyum sendiri. doktor datang, aku melihat perutku, rupanya ada 2 belahan pembedahan, di kanan dan tengah perut. baru aku tau, aku sakit bukan sebab appendik, tapi cyst pecah. aku senyum, alhamdulillah. suamiku datang, tak pergi sembahyang raya, sebab dia asyik ingat kat aku, sian dia, tak pakai baju raya, tak dapat beraya, dia senyum jer. aku dipindahkan ke wad biasa pagi tu, keluarga mertua datang melawat, keluargaku datang, mak cik, pak cik, sepupuku, kawan suami pun datang. aku senyum. 

Bayiku sangat baik, ada risiko untuk membawa dia keluar semasa pembedahan, tapi, dia diam, tanpa ada pendarahan atau pergerakan, jadi doktor membiarkan dia di dalam perutku. bila aku terjaga, dia menendang, dan tidak turun ke kawasan jahitan. sesungguhnya, dia sangat baik, dan pintar. 

2 malam di hospital, ditemani adikku, sangat memberi pengalaman baru, membuatkan aku kuat untuk cepat baik, cepat sihat, sebab aku nak balik rumah. suami dan keluarga adalah pelawat dan peneman setiaku sepanjang di hospital. 

Alhamdulillah, keadaan semakin baik, jahitan pun dah dibuka, pergerakan pun dah semakin cergas walaupun tak la macam dulu, ada kerja yang aku tak boleh buat tapi cuba buat semampu diri. 

p/s... alhamdulillah...

23 July 2013

:: Mama to be - 6 bulan ::

Alhamdulillah, sudah menghampiri trimester ketiga sekarang ni. keadaan semakin baik, semakin dapat membiasakan diri. setiap masa dapat rasa pergerakan baby, perut gerak- gerak, seronoknya. 

Kadang- kadang teringat kembali saat- saat mngetahui yang diri aku mengandung, rasa macam tak percaya pun yer. tanda- tandanya ada pada suami, bukan diri aku,. tiba- tiba dia jadi pemarah, serba tak kena, sampaikan plan nak balik kampung masa tu jadi lambat dari plan asal sebab melayan perangai dia yang tiba- tiba pelik tu. abah aku dapat merasakan perubahan sikap dia, dan membuat andaian yang aku dh berisi, tapi aku buat- buat tak faham. seminggu kemudian, aku demam, tak sedap badan, period pun lewat dari biasa, tapi bak kata orang, tak nak mengharap takut kecewa. aku masih buat tak tahu, sehinggalah suami beria- ria ajak aku pergi klinik, check demam. dan alhamdulillah, aku mengandung 5 minggu. 

3 bulan pertama sungguh menguji kesabaran dan ketahanan diri. beberapa kali aku menangis kerana seolah tidak sanggup menanggungnya. segala yang aku makan, minum akan keluar semula, badan lemah. segala bau buat aku muntah, hampir semua aku tukar, sabun mandi, pencuci pinggan mangkuk, pewangi baju. selama 2 bulan aku tak boleh minum air masak, hanya air manis, air teh o sahaja, dan akhirnya aku kena kencing kotor. 

4 bulan usia kandungan, semuanya kembali normal, selera makan semakin baik, aku mula minum air masak, dan diri semakin baik. perubahan badan semakin dapat dilihat, perut semakin ketara. yang paling best, aku dan bercuti di langkawi bersama keluarga aku tanpa ada apa- apa masalah. 

kini dah hampir 7 bulan, baby semakin aktif, dapat rasa dia bergerak. ada 2 bulan lebih lagi untuk melihat cinta hati kami di depan mata. semakin rasa tak sabar. selalu pikir, dia akan ikut muka sapa, kening sapa, bulu mata sapa, hidung sapa... yang penting dia sihat, sempurna, dan semoga segalanya dipermudahkan bila sampai masanya nanti...

15 March 2013

:: Mama to be - 2 bulan ::

Alhamdulillah....
Anakku sudah 2 bulan di dalam kandungan hari ini...semoga akan sentiasa sihat. atas nasihat seorang teman baikku, aku melakukan imbasan bayi di sebuah klinik swasta, teruja maklumlah anak pertama, Alhamdulillah dalam rahim dan bernyawa. 

Aku masih mengalami alahan, namun masih boleh melakukan kerja rumah seperti biasa, mengemas, memasak. cuma dapat aku rasakan semakin hampir trimester pertama semakin ada makanan yang tak dapat aku nak makan macam dulu, ada rutin harian yang berubah sedikit. tetapi, aku berdoa dan berharap yang aku dapat harungi dengan mudah.

Trimester pertama adalah proses pembentukan bayi, jadi pemakanan amatlah penting. sekarang aku mengamalkan acid folic yang dibekalkan oleh doktor untuk vitamin dan spriluna untuk tenaga sepanjang proses mengandung, juga untuk persediaan sehinggalah proses melahirkan supaya bayi sentiasa sihat dari dalam kandungan sehingga kelahirannya. 

p/s terima kasih suamiku yang memahami dan sentiasa menjadi penenang terhebat dikala isterimu ini dalam kesakitan.

25 February 2013

:: Alhamdulillah... ::

Umurku sudah 28 tahun, tak sangka sudah mendekati usia 30-an. Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga yang sentiasa berada disisi ketika susah dan senang, sedih dan gembira. pada hari lahirku tahun ini, aku ditemani suami yang bagiku cukup sempurna dimata dan dihatiku, terima kasih Allah di atas kurnian - Mu ini. 

Alhamdulillah...diketika hari lahirku ini, aku mendapat hadiah yang terlalu istimewa...ada 1 nyawa yang sedang membesar didalam rahimku. sesungguhnya 1 nyawa ini makin merapatkan hubungan kami suami isteri. suamiku tidak sabar untuk menunggu dia melihat dunia, untuk dia hadir dalam hidup kamu, sehinggakan berulang kali aku menerangkan yang masih ada 8 bulan untuk menunggu. gembira, bahagia melihat senyuman suamiku. Alhamdulillah, aku semakin lengkap menjadi anak, dan isteri. 

Aku berharap segalanya berjalan lancar dan dia sentiasa sihat sehinggalah aku dapat mendukung dia nanti dan melihat dia membesar. 

14 January 2013

:: Si Merah ::

Banyak betul entry tertangguh dalam draf dan dalam kepala ni, tak ada masa pulak tu nak update. jadi, mari kita mulakan entry kita untuk hari ini dengan tajuk Si Merah.

:: Si Merah ::

Add caption
Inilah dia Si Merah cinta hati aka en suami. orang cakap kereta ni isteri pertama suami, maklumlah itu yang dia sayang mula- mula. dulu, hanya en suami yang sayang, kini saya pun turut sayang, maklumlah ada sentimental value kereta ni pada hubungan kami.

Kerana kereta inilah, en suami datang ke rumah saya buat kali yang pertama, jauh perjalanan dari johor bahru ke segamat. kereta ini jugalah yang telah berjaya memenuhi impian budak- budak saya. sebenarnya ciri- ciri lelaki idaman saya untuk dijadikan suami, mesti ada kereta honda, tak kiralah honda apa pun, yang penting honda. tak sangkalah pula, en suami ada. impian budak- budak kebetulan menjadi kenyataan. 

Beberapa bulan yang lepas, Si Merah ni buat perangai sikit, maklumlah mintak ganti barang dalam nyer la, minta diservis agaknya. setelah beberapa kali menangguh untuk menghantar kedai, akhirnya Si Merah ni dah tersadai di rumah tanpa boleh bergerak ke mana- mana, sehinggalah terpaksa menaiki lori untuk dihantar ke kedai dan dibaiki.

:: sesi menolak ::





Dan kini Si Merah dah elok, dan kami berdua lega sebab tak perlu nak pikir dia rosak lagi. walaupun Si Merah tidaklah segah honda yang lain, tidak baru macam honda yang lain, tapi ia tetap berharga pada kami. kali akan sejaga sebaik mungkin sedaya kami. untuk menjualnya, tidak mungkin, kerana ia masih kuat untuk membantu kami bergerak ke mana-mana.

:: p/s nak beranikan diri, nak drive Si Merah, senang nak gi kedai...hehehhe ::

09 January 2013

:: Sedap... Sedap... Sedap ::




Entah kenapa sekarang ni saya suka makan kek ni, blueberry yogurt cheese...tapi makan 1 slice je la, kalau makan banyak, muak jadinya. tapi, kalau kek ni, hari- hari makan pun tak apa. bukan setakat kek ni, apa saja yg ada kaitan dengan cheese, saya akan makan. nak manambah selera, dan senarai makanan kegemaran kot. tapi yang pasti, kek ni sedap sangat sangat sangat...

:: p/s abang sayang...bila boleh makan kek ni lagi?... ::