Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

21 October 2012

:: 5 Bulan ::

Sudah 5 bulan usia perkahwinan kami, cepat betul masa berlalu. 

Allah sentiasa menguji hamba- hambanya, begitu juga dengan cinta hati aka suami tercinta, tak lepas dengan ujian Allah. tapi, alhamdulillah, itu tandanya Allah sayang cinta hati aka suami tercinta kerana menguji dia. 

Tak lama lagi, dh nak masuk 6 bulan usia perkahwinan kami. tapi, sepanjang sebulan ni, suami saya sakit, batuk- batuk, sampai bengkak badan kerana terlampau banyak batuk. macam- macam cara saya dah usahakan, dari makan ubat batuk, pergi buat medical check up, tapi setiap malam, tak boleh tido. sedih rasa bila tengok suami batuk- batuk, rasa macam biarlah sakit tu pindah kat saya, kesian sangat. sampai, ada masa suami saya tidur duduk, sebab tak boleh nak baring, bila baring, akan batuk tanpa henti. 

Tapi, saya tahu suami saya seorang yang kuat, dia pasti dapat hadapi. itulah yang sentiasa saya cakap pada suami saya, bila saya nampak dia macam dah putus asa. " suami saya kuat, betul tak?. Allah akan sentiasa uji hamba- Nya, itu tanda Dia sayang. Allah akan uji semampu kita, tak akan uji lebih dari tahap kemampuan kita. " itu yang saya selalu cakap, alhamdulillah, dia akan tersenyum kembali. saya tak menangis, atau nampak lemah dihadapan dia, kerana saya perlu kuat supaya dia kuat untuk hadapi. 

Saya buat sebaik mungkin dalam menjaga dia, tak tidur malam bila dia tak boleh tidur. saya akan tidur selepas saya yakin dia dah tidur lena, nyenyak. sentiasa sediakan keperluan dia, makanan yang sesuai, ubat- ubat dia. 

Alhamdulillah, cinta hati aka suami tercinta sudah semakin sihat, dah kurang batuk, bengkak di badan pun dah berkurangan, dah boleh tidur lena. saya harap, menjelang 6 bulan perkahwinan kami, suami saya akan sembuh sepenuhnya. 

:: p/s :: abang, saya akan sentiasa bersama abang, dalam susah, senang, dalam sakit sihat abang, hingga akhir hayat saya, abang cinta terakhir saya di dunia. ::

No comments:

Post a Comment

:: Kami menunggu komen anda ::