Akhirnya tiba juga saat kami melihat cinta hati kami setelah 9 bulan di dalam perut, setelah segala susah payah, sakit.
9.30 am :: Lebih 1 hari dari due date, aku sepatutnya pergi ke klinik kesihatan Tiram untuk melakukan checkup seperti biasa. tetapi entah kenapa, rasa malas sangat nak bangun, en suami bangun awal, kemas dapur, siapkan sarapan, tapi aku masih baring. en suami suruh bangun, mandi bersiap, tapi aku jawab, kita gi lambat sikit la. tiba- tiba rasa basah, terdetik dalam hati, terkencing ke, rupanya dah pecah air. dengan tenang, aku pergi ke bilik air mandi, kemudian ajak en suami pergi hospital sebab rasa dah keluar tanda. sempat lagi call mak, mak mertua, kakak ipar, bagitahu, semua suruh pergi hospital. en suami macam dah panik, tapi memandangkan aku tak sakit, jadi aku berjaya tenangkan dia.
10.00 am :: Selamat sampai di hospital Sultan Ismail dengan selamat. tapi punyalah ramai orang yang nak bersalin gak rupanya. aku daftar dan masuk ke bilik saringan, tunggu katil kosong dulu, sebab semua dah penuh. oleh kerana aku dan pecah air, jadi, aku diutamakan bila katil dah ada kosong. doktor check bukaan, bermulalah episod sakit, dah 3.5cm bukaan. aku diminta tukar baju pink, dan tunggu sementara bilik bersalin kosong. aku pun dapatkan en suami, minta beli roti, sebab tak sempat nak sarapan lagi kat rumah tadi.
1.30 pm :: Aku masuk dalam bilik bersalin. perasaan nervous bermula, tak lama lagi aku dan nak bersalin, tapi still tak rasa sakit langsung. doktor letak 2 alat diperut, untuk mendengar degupan jantung baby dan mengesan sakit bersalin. aku diarah baring sahaja, bosan la plak masa tu.
2.30 pm :: Air ketuban dipecahkan, still tak rasa sakit.
3.30 pm :: Doktor masukkan ubat sakit melalui drip di tangan. en suami masuk menemani aku. rasa tak sabar nak bersalin masa ni, biar la cepat keluar babynya. doktor cakap mungkin tengah malam bukaan jalan akan buka sepenuhnya, dan proses bersalin akn bermula sebab kiraan 1cm 1 jam, punyalah lama aku kena baring, makin boring pula rasanya. 1 jam kemudia, sedikit demi sedikit rasa sakit itu datang. zikir tidak lekang dari mulut, air yasin sentiasa di tangan, maklumlah tak sempat nak minum air selusuh.
5.30 pm :: Semakin sakit, semakin kerap sakit itu datang. sekejap ke kiri, sekejap ke kanan melegakan sakit yang mendatang. doktor mencari en suami setelah melihat aku yang macam dah tak senang baring.
6.30 pm :: Semakin kuat aku berzikir, semakin kuat sakit yang aku rasa, semakin aku rasakan yang saatnya sudah tiba. sesungguhnya zikir itu sangat membantu, kerana semakin sakit, semakin kuat aku berzikir, semakin aku mendapat kekuatan. doktor datang, check bukaan, dah 6cm. maknanya aku kena tunggu lagi 4 jam. aku tanyakan en suami pada doktor, cepat doktor keluar cari en suami. aku dah tak tahan, "doktor, saya nak berak", itu sahaja yang mampu aku cakap, doktor tengok, terus cakap, "ok, standby, epi". tak lama kemudian, en suami masuk, terus mendapatkan aku, pegang tangan, beri semangat dan pesanan. sesungguhnya dia banyak membantu sepanjang proses melahirkan. tepat 7.45 pm, Muhammad Amzar Akid dilahirkan. saat mendengar tangisannya, seakan tak percaya yang segalanya dah selesai. akid diletakkan di dada aku, terus cium, ada satu bau sangat wangi yang tak dapat nak digambarkan dengan kata- kata walaupun masa tu, akid belum dibersihkan lagi. kemudian akid dibawa keluar untuk dibersihkan, en suami ikut sekali sebab kena azankan akid. alhamdulillah, impian untuk ditemani en suami semasa melahirkan tercapai. 1 jam sesi jahit menjahit berjalan, walaupun bius tetap rasa sakit. tapi sebab tak sabar nak jupe akid, tak terasa sangat sakit jahit tu.
Hari ke- 2
1 malam di hospital, aku dan akid dibenarkan balik. keluarga aku dari pahang dan keluarga mertua menemani aku keluar dari hospital.
Pengalaman yang tak dapat dijual beli, alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk merasai peluang ini. sesungguhnya akid adalah anugerah terindah untuk kami berdua.
No comments:
Post a Comment
:: Kami menunggu komen anda ::