Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

23 April 2011

:: Permulaan hidup yg baru ::

Blog yang baru. eh apa jadi dgn blog lama mytalentime.blogspot.com? dh x da, aku dh tamatkan perkhidmatannya. buat blog baru untuk mulakan hidup baru. tak ada dh my talentme. tp yg ada ceritaku, cerita kami, cerita yg mmg wujud, cerita yang bermakna dlm hidup aku sbb aku nk mulakan hidup baru.
Kepada yg mengenali aku, jgn tanya kat sini ttg address blog ni, nanti aku citer, malu la nk citer malu la wawa nk citer kat sini...huhuhuhu.
Setahun yg lepas, segala galanya bermula, titik hitam dlm hidup aku, yg merubah pandangan aku kepada lelaki. lelaki suka tipu, x da lelaki yg serius, lelaki suka amik kesempatan, tp family aku tahu apa yg aku pikirkan, kwn2 rapat aku tahu apa yg aku fikirkn, mereka semua dh sedarkan aku, yg masih ada lelaki yg btl2 baik. kenapa aku pikir mcm tu? sbb ada lelaki yg begitu, sanggup menggunakan jalan yg salah semata2 mahukan kesenangan. hanya aku yg tahu apa itu jalan yg slh dan aku x nk ingt lagi sbb dia dh lama mati dlm hidup aku. tp aku ptt bersyukur kerana dialah aku bertemu destinasiku. 
Aku pernah dgr org ckp, kita akan jumpa ramai org yg salah sblm jumpa org yg betul betul untuk kita. ada sbbnya, kerana untuk kita belajar ttg org, ttg perangai org, ttg hidup, dari situ barulah kita tahu apa yg kita nak dalam hidup. manusia ni kadang kala keliru dengan kehendak hidup dia, kehendak hati dia, manusia juga kadang kala ingin jadi seperti apa yg org lain jadi, kalau x mana datangnya rasa cemburu melihat kehidupn org lain. 
Hidup aku penuh keperitan, penuh air mata, penuh kesakitan, tapi aku bersyukur kerana dengan itu, aku menjadi kuat, penuh dengan semangat dalam menjalani kehidupan dan mengajar aku erti sabar. aku ingat lagi apa yang abah aku cakap "along, Allah tu Maha Adil, dia tahu apa yang terbaik untuk along. jangan salahkan takdir, jangan salahkan Allah, jangan salahkan diri, tapi belajar dari apa dh jadi. sekarang along susah, sakit, tapi nanti hidup along akan senang, x da lagi air mata, tak ada lagi kesakitan, along akan senyum je lepas ni. tapi tetap kena berusaha, berdoa." terima kasih abah, kata- kata itu membuatkan along jadi kuat, sbb along tahu ada org disisi along yang tetap sokong along.

1 comment:

  1. betol apa yang dinyatakan...ada manisnya setelah merasai keperitan ;-)

    ReplyDelete

:: Kami menunggu komen anda ::