Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

29 February 2012

:: Persiapan kami ::

50 % SIAP

Wa pun tak pasti ye ke dah 50% siap sebab memang banyak lagi yang tak siap. 

Checklist:
- Borang nikah (selesai)
- Pakej andaman (selesai)
- Pakej photographer (selesai)
- Baju nikah (dalam pembuatan)
- Kad kahwin  (dalam pembuatan)
- Hantaran ( belum mula )
- Goodie bag ( belum mula )

Banyak lagi rupanya yang wa tak siapkan lagi. Terus garu kepala. masih ada 2 bulan lagi, insya allah semuanya akan siap. memang agak kalut sikit sekarang ni, tapi semuanya akan cuba diselesaikan bila kad kahwin kami siap. bercakap tentang kad kahwin, kad pertama dah siap dicetak, tapi kami perlu pergi untuk buat penyemakan sebelum mereka boleh mencetak ksemuanya mengikut pesanan kami. 

:: p/s semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dikekalkan kesihatan yang sihat sepanjang dan sehingga majlis kami nanti... ::

05 February 2012

:: Merajuk ::

:: Merajuk dengan sayang saya ::

Biasalah bila bercinta ni mesti ada sesi merajuk- merajuk ni. tapi biasanya mesti merajuk manja je. sama la dengan kami berdua ni, merajuk manja- manja jer. 
2 minggu wa tak jumpa dia, maklumlah wa bercuti panjang di kampung, sambil menguruskan hal perkahwinan kami, rindu sangat- sangat, tu yang bila tak dapat jumpa terus nak merajuk. tapi, jap je boleh merajuk dengan sayang saya tu, sebab dia pandai pujuk, pandai cakap sampai saya boleh senyum semula bila dengan dia. sesungguhnya saya sayang sangat kat dia, hanya Tuhan je yang tahu. 

Bila dalam tempoh bertunang ni, tak boleh nak ikut hati sangat, tak boleh nak merajuk sangat tak tentu pasal. orang- orang tua selalu cakap, bertunang ni banyak dugaannya, jadi hati kena kuat.bila dah bertunang ni, wa mengaku apa yang orang- orang tua tu cakap betul sebab hal yang kecik pun boleh buatkan kami gaduh, boleh buatkan kami berselisih faham. yang penting sekarang ni, adalah hati yang kuat dan kepercayaan dalam mengekalkan hubungan yang baru nak terbina ni.

:: p/s saya sayang awak sangat- sangat. tak sabar nak mulakan hidup berdua dengan awak untuk seumur hidup saya ::

:: Kakak angkat ::

:: Jumpa kakak angkat jumpa dalam fb ::
 
 Dah lama wa cari dia, tapi tak jumpa. bila cari tak jumpa, terus jadi putus asa nak cari dah. tapi tak sangka kakak angkat wa aka kak ngah tetap cari wa. kami mungkin tak akan jumpa di luar, tapi cukuplah dapat jumpa di fb, sekurang- kurangnya wa dapat tahu perkembangan kehidupan dia, cuma hanya dia
 
Hubungan kami terputus kerana wa yang ingin putuskan, bagi wa lebih baik begitu, wa tak nak merumitkan keadaan. tapi tak sangka dia masih mencari wa. wa memang sayang dia, wa dah anggap dia macam kakak wa sendiri, macam- macam yang kami kongsi. mungkin, pas ni kami tak akan rapat macam dulu dah kot sebab itu lebih baik untuk masa sekarang hingga selamanya.
p/s : thanks kak ngah sebab masih ingat kat wa, wa sayang kak ngah tau.