Pages

:: Our Journey ::

................................................................................................... Daisypath Anniversary tickers ...................................................................................................

30 August 2013

:: Alhamdulillah...aku diuji lagi ::

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
Dugaan, ujian datang dan pergi, itu tanda Allah masih sayangkan kita. 

Perutku terlalu sakit, semua serba tak kena, baring tak boleh, duduk tak boleh, sehingga mengalirkan air mata menahan kesakitan. risau jika dh sampai masa aku melahirkan kerana kandungan baru 7 bulan. tiba dihospital, belum ada bukaan, dan aku dibenarkan balik kerana sakit telah berkurangan. menjelang tengah malam, aku sakit kembali. setelah menahan sakit selama 3 jam, aku pergi ke hospital bersama suami. aku didiagnos appendik dan perlu dibedah segera, aku menyambut dengan senyuman dan redha.

7.8.2013 - aku dimasukkan ke dalam wad, persediaan untuk pembedahan yang akan dilakukan pada bila- bila masa kerana kandungan 7 bulan dan tidak mahu ada apa- apa kesan buruk pada bayiku. alhamdulillah suami tetap disisi menemaniku. tepat jam 1.30 tgh hari, aku dibawa ke bilik pembedahan, diiringi suami tercinta. 

Aku dikejutkan, rupanya pembedahan telah selesai dijalankan, entah berapa lama, aku tak tau, yang pasti perut aku dah tak sakit lagi, alhamdulillah. aku dibawa ke wad HDU, wad icu di wad bersalin, untuk pemerhatian sepenuhnya selepas pembedahan. aku melihat kedatangan suami, keluarga aku dari pahang, alhamdulillah, memang itu wajah- wajah yang aku nak lihat selepas aku selesai pembedahan. kesian abah, risau dia, senyum terpaksa tengok keadaan aku, aku cakap kat abah, "sikit je ni, along dah ok, dah tak sakit lagi". aku tak lepaskan tangan abah, tangan mak, aku dapat kekuatan. ciuman suami di dahi menambah kekuatan aku untuk cepat sihat. ubat bius masih ada, aku cepat terlelap selepas mereka semua balik, tak sesiapa dibenarkan menjagaku malam tu sebab aku berada di wad HDU. setiap jam nurse datang melihat keadaan aku malam tu, aku tidur sepanjang malam.

8.8.2013 - Aku terjaga pagi, terdengar takbir raya di radio yang dipasang oleh nurse, dah raya rupanya. "raya kat hospital aku tahun ni", senyum sendiri. doktor datang, aku melihat perutku, rupanya ada 2 belahan pembedahan, di kanan dan tengah perut. baru aku tau, aku sakit bukan sebab appendik, tapi cyst pecah. aku senyum, alhamdulillah. suamiku datang, tak pergi sembahyang raya, sebab dia asyik ingat kat aku, sian dia, tak pakai baju raya, tak dapat beraya, dia senyum jer. aku dipindahkan ke wad biasa pagi tu, keluarga mertua datang melawat, keluargaku datang, mak cik, pak cik, sepupuku, kawan suami pun datang. aku senyum. 

Bayiku sangat baik, ada risiko untuk membawa dia keluar semasa pembedahan, tapi, dia diam, tanpa ada pendarahan atau pergerakan, jadi doktor membiarkan dia di dalam perutku. bila aku terjaga, dia menendang, dan tidak turun ke kawasan jahitan. sesungguhnya, dia sangat baik, dan pintar. 

2 malam di hospital, ditemani adikku, sangat memberi pengalaman baru, membuatkan aku kuat untuk cepat baik, cepat sihat, sebab aku nak balik rumah. suami dan keluarga adalah pelawat dan peneman setiaku sepanjang di hospital. 

Alhamdulillah, keadaan semakin baik, jahitan pun dah dibuka, pergerakan pun dah semakin cergas walaupun tak la macam dulu, ada kerja yang aku tak boleh buat tapi cuba buat semampu diri. 

p/s... alhamdulillah...